*answer received on 27 May 2008

Soalan No. 274

YB TUAN WEE CHOO KEONG (Wangsa Maju) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kenapakah selepas Kerajaan menjadi Negara yang menandatangani Convention on The Rights of The Child pada tahun lepas, kanak-kanak pelarian dan orang-orang yagn mencari perlindungan (asylum seekers) dan kanak-kanak yang stateless masih dinafikan hak asasi kemanusiaan mereka terhadap hak pendidikan dan keishatan di Malaysia.

Jawapan:

Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak atau Convention on The Rights of The Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak ini menekankan kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak melalui empat topic utama iaitu kelangsungan hidup (survival), perkembangan (development), perlindungan (protection) dan pernyertan (participation) kanak-kanak. Laporan Negara yang Pertama telahpun dikemukakan kepada Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Jawantankuasa CRC) dan pembentangan telah diadakan pada 25 Januari, 2007.

Kerajaan Malaysia tidak menafikan hak kanak-kanak di Negara ini terhadap had pendidikan dan kesihatan tanpa mengira status kewarganegaraan, bangsa, agama dan status-status lain. Mereka berhak untuk mendapatkan hak kepada pendidikan dan juga kesihatkan. Kanak-kanak akan dipastikan mendapat perlindungan dari segi makanan, minimuman, pakaian serta tempat berteduh/te,mpat tinggal.

Dari segi perubatan, polisi Kementerian Kesihatan adalah untuk memberi rawatan kepada semua kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan promotif mahupun preventif tnapa mengira kewarganegaraan ataupun kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen yang sah bagi memastikan tahap kesihatan penduduk sentiasa terpelihara. Rawatan pesakit luar dan rawatan penyakit tertentu turut disediakan kepada semua tanpa mengira kewarganegaraan, umur, bangsa, agama dan status-status lain.

Dalam kontek pendidekan, kanak-kanak ini boleh memasuki sekolah bantuan Kerajaan bergantung kepada kekosongan yang ada di sekolah tersebut. Sekiranya tiada kekosongan yang ada di sekolah tersebut, kanak-kanak ini boleh juga mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah swasta yang terdapat dalam system pendidikan di seluruh Negara.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyalurkan RM250,000 kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak di Rumah Perlindungan Ehsan di Pusat Tahan Sementara Menggatal, Sabah. Peruntukan tersebut termasuklah bagi menyediakan peralatan tempat tinggal, membeli makanan tambahan dan bekalan susu serta kemudahan untuk aktiviti yang menyokong perkembangan kanak-kanak seperti bahan pelajaran dan alat permainan.

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah melantik guru-guru bagi memberi pendidikan kepada kanak-kanak jalanan yang berada di Rumah Perlindungan Ehsan. PErkhidmatan guru-guru ini turut dipanjangkan kepada blok yang menempakan wanita dengan anak-anak kecil mereka supaya masa lapang kanak-kanak berkenaan dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah.

Kerajaan juga telah mengambil inisiatif memberi pendidikan asa kepada kanak-kanak bukan warganegara Malaysia melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terdapat 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sbah yang telah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak warganegra asing termasuk kanak-kanak jalanan. NGO tersebut ialah HUMANA, ALL SAINTS ACADEMY (CHURCH) dan Korea Food for the Hungry International (yang tleah menubuhkan pusat pendidikan yang dikenali dengan nama Numbak Centre).

Advertisements