SOALAN NO. 7

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Pengankutan menyatakan kerajaan perlu membelanjakan RM108 juta untuk membina LCCT untuk AirAsia, sebuah syarikat swasta, sedangkan KLIA masih “under utilized” sehingga kini. Kenapa tiada Tender Terbuka diadakan sebelum memberikan projek pembinaan kepada FAJARBARU BUILDER GROUP BHD. dan kenapa ada keperluan untuk membina satu lagi LCCT yang baru.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan telah membuat keputusan untuk membina sebuah Low Cost Carrier Terminal (LCCT) pada tahun 2005 untuk menampung operasi syarikat penerbangan tambang murah (Low Cost Carrier – LCCT) termasuk AirAsia berasaskan pertimbangan-pertimbangan berikut:

a) Keperluan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah atau LCC untuk mencapai turn-around yang singkat, iaitu 20 minit yang sukar dicapai di Bangunan Terminal Utama KLIA;

b) Operasi LCC tidak memerlukan pelbagai kemudahan yang disediakan di Bangunan Terminal Utama KLIA untuk syarikat-syarikat penerbangan perkhidmatan penuh (full service carrier – FSC) seperti aerobridges, airlines lounges dan sebagainya;

c) Mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di Bangunan Terminal KLIA semasa waktu sibuk khasnya pada waktu pagi di kaunter daftar masuk, balai berlepas serta tapak memakir;

d) Peningkatan operasi penerbangan tambang murah yang tinggi sejak AirAsia mula beroperasi dan kesedaran bahawa kadar pertumbuhan kategori penerbangan ini akan terus meningkat pada tahun-tahun yang akan datang; dan

e) Pemindahan operasi penerbangan tambang murah akan dapat melegakan Bangunan Terminal Utama KLIA dan rancangan serta pembinaan Bangunan Satelit Kedua yang melibatkan kos pembinaan yang tinggi dapat ditunda selama 3-5 tahun.

Untuk maklum Yang Berhormat, LCCT di KLIA adalah untuk kegunaan semua syarikat penerbangan LCC dan bukan semata-mata untuk operasi AirAsia sahaja. Pada ketika ini, syarikat-syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia X, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia, Cebu Pacific dan Tiger Airways juga menggunakan LCCT di KLIA.

Oleh sebab keperluan LCCT adalah begitu mendesak dan perlu dibina dalam masa yang singkat, Ketrajaan telah memutuskan untuk melaksanakan projek ini secara rundingan terus kepada FAJARBARU BUILDER GROUP BHD.

Mengenai soalan keperluan satu lagi LCCT Baru pula, ingin saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah membuat keputusan untuk meningkatkan LCCT yang sedia ada untuk menampung keperluan trafik dari 10 ke 15 juta penumpang setahun. Projek ini adalah bertujuan untuk menampung kadar pertumbuhan yang tinggi bagi penerbangan LCC serta keperluan AirAsia X yang telah melancarkan penerbangan jarak jauh ke destinasi-destinasi antarabangsa menggunakan pesawat yang lebih besar iaitu A330. Adalah dijangkakan LCCT yang dipertingkatkan itu akan dapat menampung keperluan trafik sehingga tahun 2012 atau 2015, tertakluk kepada kadar pertumbuhan trafik tahunan.

Oleh sebab kawasan tanah yang terhad di LCCT yang tidak membolehkan kemudahan ini dipertingkatkan bagi menampung jumlah trafik melebihi 15 juta penumpang setahun, Kerajaan mempunyai rancangan janka masa panjang untuk membina sebuah kompleks LCCT baru di satu tapak yang berlainan di KLIA. Apabila projek ini dilaksanakan kelak, LCCT yang sedia ada akan diubahsuai dan dijadikan sebuah kompleks kargo. Untuk makluman Yang Berhormat, reka bentuk LCCT sedia ada telah mengambil kira keperluan ini dan kerja-kerja pengubahsuaian dapat dilaksanakan dengan kos yang munasabah.

Supplementary Question from Tuan Wee Choo Keong:

Is the Minister of Transport aware of the following facts?

– that when YB said one of the considerations for building that LCCT was to cut down the turn-around time of low cost carriers, flight delays of many hours were just a norm for AirAsia;

– that Fajarbaru Builder Group Bhd has no experience at all in building of airport and its registered nature of business is “INVESTMENT HOLDING & PROVISION FOR MANAGEMENT OF SERVICE”;

– that there are two companies in Malaysia that have experience in the building of airports are Global Aviation Sdn Bhd and another company owned by Tan Sri Ting Pek King;

– that Lee Peng Seng, a director of Fajarbaru Builder Group Bhd is the middle man for the ex Minister of Transport;

– that the cost of RM108 million was far too high especially when the LCCT was just iron structures

YB Minister of Transport’s reply:

If there are evidences then a report should be made to the relevant authorities.

He said that flight delays concern services of AirAsia and nothing to do with turn-around time.

The direct negotiation with Fajarbaru Builder Group Bhd was due to time constraint. He accepted that Fajarbaru Builder Group Bhd had no experience in building of airports. He also said that Fajarbar Builder Sdn Bhd had experience in buiding warehouse and LCCT was just like a warehouse. That’s why it was given to Fajrabaru Builder Sdn Bhd.

Note:

The above answers by the Minister of Transport were most unsatisfactory in the light of what I have asked. I shall pursue the answers to the above questions pertaining to AirAisa and LCCT and other points as and when I have the opportunity to do so.

Advertisements