Resignation of Governor of Bank Negara from Khazanah; Petronas; AirAsia; widening of Jalan Genting Kelang; restructuring of ACA; and more …

Mahadi Che Ngah named in Parliament. He is the urban director of City Hall (Ketua Jabatan Perancang, DBKL).

Tuan Haji Mahadi bin Che Ngah


Ucapan Oleh Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju
di dalam Perbahasan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama, 2008
.

Datuk Yang DI- Pertua

Saya bangun untuk menambil bahagina membahasAnggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama, 2008. Ini adalah perbahasan atas pengurusan wang oleh Kerajaan dan dasar Kerajaan.

Masalah pentadbiran kerajaan BN adalah pembaziran, lemah segi penguatkuasaan undang dan/atau prosedur yagn sedia ada.

GOVERNOR BANK NEGARA LETAK JAWATAN DARI KHAZANAH

Datuk Yang Di-Pertua,

Baru-baru ini Gobenor Bank Negara pun tak tahan dengan keadaan sebegini di banyak GLCs and skandal kewangan yang lain yang terlibat orang tertenu di dalam Dewan ini dan sebab inilah beliau telah meletak jawatan dengan segera. Sekarang tiada apa kawalan langsung di Khazanah dan saya percaya lebih banyak skandal kewangan dalam GLCs telah berlakui atau akan berlaku tak lama lagi.

PETRONAS

Datuk Yang Di-Pertua,

Saya igin mengucapkap taniah kepada Petronas kerana dapat keuntungan RM100 bilion.

Baru-baru ini saya dapati bahawa 300 ticket pernerbangan 1st Class telah diisu untuk 300 Pegawai tinggi Petronas untuk pergi ke Johanesburg Afrika Selantanuntuk mengadakan satu semiar. Tarikh seminar untuk 7 hari daripada ialah 24 July. Tiap-tiap tiket pernerbangan dari MAS, Thai International, Singapore Airline, atau Emirates adalah lebih kurang RM22,000 persatu tiket. Jumlah kos 300 ticket pernerbangan 1st Class untuk pegawai tinggi Petronas adalah lebiih kurang RM6.5 juta.

Saya menyata bahawa kemungkinan kos untuk hotel mewah, makan dan pocket monies akan berjumlah lebih daripada RM10 juta. Saya sokong dengan penuh jikalau pegawai Petronas menganjurkan seminar di Afrika Selatan untuk mempromosikan Petronas dan untuk mendapatilebih banyak projeks.

Saya dapati bahawa minggu lepas Petronas telah membatal pengajuran seminar tersebut di Arika Selatan dan kalau say tak salah Petronas perlu membayar 30 % dari kos tiket pernerbangan berjumlah RM2 juta. Bukankah kerugian RM2 juta ini sebenarnya kerugian rakyat dan bukan kerugian pegawai Petronas.

Ini adalah amat jelas bahawa pembatalan seminar di Selatan Afrika dalam masa yang singkat menunjukkan holiday mewah untuk pegawai tinggi Petronas dengan mengunakan wang rakyat.

Ahli-ahli YB, kita semua tahu jikalau tiada tsunami politik pada 8hb Mac, seminar di Afrika Selatan akan diteruskan oleh Petronas.

Saya ingin menanya PM bagaimana atau apa tindakan Kerajaan akan ambil untuk memastikan pegawai tinggi GLC untuk mengajurkan seminar untuk kepengtinan GLC tertentu dan bukan semata-matanya untuk holidays pegawai tertinggi masing-masing.

AIRASIA

Datuk Yang Di-Pertua

Saya telah membangkitkan isu mengenai dengan AirAsia berhutang berjumlah lebih kurang RM30 juta untuk pembelian minyak. Kenapakah Petronas tidak berani untuk menuntut hutang tersebut daripada AirAsia. Samada Petronas telah diarah oleh Kementerian Kewangan atau the 4th floor boys dengan izin supaya jangan ambil tindakan. Saya harap PM boleh memberi penjelasan atas isu ini.

Seminggu lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan telah confirm bahawa hutang AirAsia kepada MAHB ialah RM110 juta. Minggu lepas Datuk Tony Fernandes telah menulis komen dalam blog saya: (www.weechookeong.wordpress.com), bahawa AirAsia tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Pengangkutan. Saya amat hairan dengan pertikaian ini.

Saya ingin menanya Menteri Kewangan apakah hutang RM110 juta ini? Samada ini adalah Airport Tax?

Saya tak faham kalau mahasiswa hutang RM5 ribu atau RM10 ribu, Kerajan akan meheret mahasiswa kepada Makhamah. Kalau sebuah syarikat hutang Service Tax ia juga akan diheret kepada Mahkamah. Saya berharap Menteri Kewangan merangkap PM menjelaskan kenapakah MAHB tidak berani untuk mengambil tindakan untuk menuntut hutang sejumlah RM110 juta daripada AirAsia.

Saya juga ingin menaya kenapa Menteri Kewangan perlu mencampurtangan dalam satu hutang antara syarikat swsasta, AirAsia, dengan asebuah GLC, MAHB. Samada Menteri Kewangan atau orang tertentu ada kepentingan dalam AirAsia.

PELEBARAN JALAN GENTING KELANG

Datuk Yang Di-Pertua

Saya telah menerima jawapan dari Menteri Wilayah Persekutuan bahawa kos pelebaran jalan di Jalan Genting Kelang ialah RM40 juta di mana kos pengambilan tanah telah mencecah RM25 juta. Oleh itu, sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk melebarkan jarak jalan yang begitu pendek (tidak lebihi 3 kilometer) dengan kos yang begitu tinggi sekali – RM15 juta. Berani saya cakap dengan terus terang bahawa kos untuk melebarkan jalan ini tidak akan melibihi RM5 juta pun!

Kedua, saya telah memeriksa pembinaan jalan yang terbabit dan mendapati tidak ada sebarang tanah persendirian yang diambil (compulsory acquisition) dan jikalau diambil ia tiadak akan berjumlah sebanyak RM25 juta. Ini adalah satu jawapan yang tidak benar. Saya meminta YAB PM mengemukakan di Parlimen satu laporan yang lengkap mengenai tanah yang diambil (secara compulsory acquisition) untuk tujuan pelebaran jalan itu iaitu dengan izin breakdown kos untuk setiap bidang tanah yang diambil oleh tujuan melebarkan jalan ini.

Saya juga meminta Perdana Menteri memberi arahan kepada Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat projek ini kerana saya percaya ianya terbabit dalam perbuatan rasuah dan penyelewengan.

PENSTRUKTURAN BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR)

Datuk Yang Di-Pertua,

Pada April lalu, Perdana Menteri, telah mengumumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur semula bagi menjadikannya sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.

Saya harap usaha kerajaan ini jangan hanya cakap kosong sahaja seperti Independent Police Complaints Commission (IPCMC) dan Judicial Appointment Committee (JAC). Bukankah ini seperti kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam. Untuk memastikan BPR betul-betul bersih dan bertindak sebagai badan bebas, tanggungjawab BPR mestilah tidak boleh terkongkong oleh mana-mana pihak terutama sekali pihak kerajaan.

Para pegawai BPR mestilah menjalankan tugas tanpa rasa takut dan berat sebelah serta tidak tertekan oleh mana-mana pihak. Saya percaya jika pegawai BPR diberikan kebebasan sepenuhnya, gejala rasuah di negara kita tentu akan dapat dihapuskan terutamanya setelah tertangkapnya ikan-ikan jerung yang besar dan bukan lagi ikan-ikan bilis. Mungkin 2003 YAB PM selepas dilantik sebagai PM, beliau berjanji Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap 18 ikan jurung tetapi sehingga hari yang ditangjkap adalah ikan bilis sahaja. Samada 18 ikan jerung ini masih berenang di dalam Dewan Yang Mulia ini.

Jikalau YB PM serius dengan menghapuskan rasuah, YB PM perlu mengarahkan BPR untuk menyiasat dengan terperinci terhadap En Mahadi bin Che Ngah, Pengarah Jabatan Perancang Bandar DBKL, kerana Jabatan beliau telah meluluskan banyak (Development Order (DO) di Wilayah dengan tidak mengambilkira dasar kerajaan, undang-undang kecil dan prosedur-prosedur pembanguan. Contoh Projek hill slope di Damansara diluluskan tanpa mengambilkira dasar kerajaan dan prosedur-prosedur pembagnunan dan selepas penduduk protes DBKL mengeluarkan “Stop Work Order”. Kes kedua, banyak DO untuk syarikat Platinum Victory Sdn Bhd diluluskan dengan senang tanpa mengambilkira dasar kerajaan terhadap tempat letak kereta dan syarat-syarat yang lain. Saya percaya ada banyak projek-projek pembangunan komersial dan perumahan juga diluluskan dalam keadaan yang sama.

Saya berharap BPR akan meminta En Mahadi bin Che Ngah membuat deklarasi harta bendanya dan saya percaya pihak BPR akan dapat bukti.

PROJEK MESRA RAKYA HANYA BEBANKAN RAKYAT

Datuk Yang Di-Petua,

Jauh api dari panggang. Itulah yang dapati disimpulkan dengan Projek mesra rakyat yang bertujuan menyediakan kemudahan asas dan memberikan faedah secara langsung kepada rakyat seperti bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan, pendidikan, perumahan awam kos rendah, membasmi kemiskinan dan keselamatan awam kononnya akan diberi keutamaan kini masih gagal dicapai kerajaan.

Golongan berpendapatan rendah masih berada di tahap kemiskinan apatah lagi kebanyakan projek mesra rakyat yang dirancang oleh kerajaan tidak dapat dinikmati oleh golongan miskin ini.

Akibat kenaikan harga minyak petrol yang mendadak, saya percaya golongan miskin akan terus miskin dan semakin ramai rakyat akan terus berada di dalam tahap kemiskinan tanpa dapat menikmati sebarang faedah daripada pembangunan projek kerajaan.

PELAN INDUK PENGANGKUTAN GAGAL CAPAI MATLAMAT

Datuk Yang Di-Pertua

Setelah kenaikan harga minyak petrol yang terlampau tinggi, kini sudah sampai masanya untuk kerajaan mengambil serius dalam meningkatan sistem pengangkutan awam.

Demi kemudahan warga bandar, kerajaan harus memberikan liputan sistem rel transit bandar ke kawasan-kawasan yang lebih luas dan lebih banyak terminal pengangkutan awam bersepadu perlu dibina.

Di samping itu, kecekapan perkhidmatan komuter, bas dan teksi juga perlu ditingkatkan bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam, khususnya di kawasan Lembah Klang.

Pelan Induk Pengangkutan yang dirancang oleh kerajaan perlulah mengambil kepentingan rakyat di samping dapat mengurangkan beban rakyat terutama sekali dari segi penggunaan minyak petrol. Pelan ini akan gagal mencapai matlamat jika rakyat terus terpaksa mengalami kesulitan menggunakan kenderaan awam seperti yang mereka alami sampai hari ini.

Saya berharap Kerajaan melaksanakan pelan induk Pengangkutan dengan segera.

AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT ATAU DATA PROTECTION ACT

Datuk Yang Di-Pertua
Untuk mengwujudkan sebuah masyarakat yang bermaklumat, sebuah masyarakat yang bebas dan bertanggungjawab dan sebuah kerajaan yang baik dengan pemerintahan yang telus serta berani memikul tanggungjawab, maka kita
sebenarnya memerlukan satu undang-undang yang menjamin kebebasan maklumat dan juga maklumat/data yang disimpan oleh pihak kerajaan atau syarikat swasta seperti bank-bank dan lain-lain.

Pada 24 Mei 1993 semasa saya sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang, saya telah menyeru Kerajan untuk melusluskan satu akta bernama Freedom of Information Act. Dimana akta ini boleh mengawal supaya data-data yang disimpankan oleh polis, syarikat-syarikat perbankan dan lain adalah seratus-peratus betul.

Datuk Yang Di-Pertua,

Kita tidak boleh menafikan bahawa data-data yang disimpan oleh insitusi yang menyiman data seperti CETOS, institusi perbankan dan lain dimana orang awam dalam rekodnya adalah seorang bankrap sedangkan orang tersebut bukanya seorang bankrap. Keadaan ini menjejaskan kepentingang ornag tertentu.

Di Amerika Syarikat mereka ada Freedom of Information Act dan di UK ia ada Data Protection Act. Di UK orang awam boleh menulis surat kepada mana agensi kerajaan, syarikat perbankan dan lain untuk mendapatkan apa-apa maklumnat mengenai dengan meraka ataupun informasi mengenai mereka dan agensi kerajaan atau syarikat-syarikat mesti memberikan maklumat mengenai beliau dan beliau ada hak untuk membetulkan maklumat yang sedia ada. Negara kita sudah sampai masa untuk memluluskan satu Freedom of Information Act atau Data Protection Act.

Datuk Yang di-Pertua,

Saya menyeru Kerajan supaya mebentang satu ruang undang bernama Freedom of Information Act atau Data Protection Act.

Advertisements

(NOTE: Excerpts of Question Time proceedings are listed in ascending order, first question asked appears at bottom.)

Soalan/Question No. 29 :
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan berapa banyak wang yang telah dibelanjakan oleh DBKL setakat ini untuk kos “piling dan foundation” bagi projek yerbengkalai Plaza Rakyat, hub pengangkutan KL dan berapa banyak lagi yang akan dibelanjakan untuk menyiapkannya dan apakah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas KL.


Jawapan/Answer :
Untuk Maklumkan Ahli Yang Berhormat, Projek Pembangunan Plaza Rakyat merupakan projek usaha sama di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pemaju iaitu Plaza Rakyat Sdn Bhd. (PRSB) yang ditandatangani pada 16 Disember 1992 di mana tanah merupakan milik DBKL dan PRSB menanggung segala kos pembangunan.

Di bawah projek usaha sama ini, pihak DBKL tidak mengeluarkan perbelanjaan lain selain daripada kos tanah dan kos untuk kerja-kerja pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju. Untuk makluman Yang Berhormat, kos yang telah dibelanjakan oleh pemaju bagi kerja-kerja piling dan foundation setakat ini dianggarkan sebanyak RM150 juta. Kos pembinaan keseluruhan bagi bagi menyipkan Projek Plaza Rakyat ini deianggharkan sebanyak RM1.2 billion.

TTuan Yang Dipertua,

Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju ialah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Dalam hal ini, DBKL bukan sahaja berhasrat, malah berusaha supaya masalah kesesakkan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat diuruskan dengan lebih teratur. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandarraya Kuala Lumopur bersma-sama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan pengurusan lalu lintas, sedang mengambil pendekatan secara menyeluruh khusunya penekaan kepada kategori-kategori berikut:

a. Jaringan Jalan Raya dan Pengurusan Lalu Lintas;

b. Pengangkutan Awam;

c. Kemudahan Sokongan;

d. Intelligent Transportation System; dan

e. Institusi dan Organisasi.

DBKL juga sedang mempertingkatkan kesedaran orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah terbaik yang dapat membantu masalah kesesakan laulintas di Kuala Lumpur. Sasaran DBKL adalah sekurang-kurangnya 40% pengguna, menggunakan pengangkutan awam menjelang tahun 2020.

– – – – – – o O o – – – – – –

Soalan/Question :
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah
Wang Ehsan Terengganu yang berjumlah lebih daripada RM1.2 billion telah dibelanjakan sejak penubuhannya sehingga 8 April 2008, siapa benefisiari dan juga memberikan laporan penuh mengenai hasil negara (revenues) yang diterima daripada penganjuran Monsoon Cup, Masjid Kristal dan Muzium Hadhari berbanding dengan jumlah kos keseluruhannya.

The Speaker rejected the above parliamentary question on the issue of Wang Ehsan in Trengganu.

– – – – – – o O o – – – – – –

After PM answered the first question from a BN MP from Muar, the answer seemed to make the BN government ‘smell like a rose.’ When the Opposition stood up to ask supplementary questions, the Speaker disallowed them (questions). The opposition MPs protested. The Speaker insisted that his decision was final. Later, the speaker did an about turn and allowed supplementary questions after PM had intervened.

This shows that the Speaker is not independent and fair. He is a ‘flip-flop’ Speaker.