Question submitted to Minister of Finance on 02 June 2008.

YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] meminta Menteri Kewangan menyatakan kenapakah AMERICAN INTERNATIONAL ASSURANCE CO LTD [AIA], satu-satunya syarikat insuran 100% milik asing, boleh beroperasi selama bertahun-tahun di Malaysia tanpa “locally incorporated”, dan baru-baru ini telah menukar namanya kepada American International Assurance Bhd, dan siapakah rakan kongsi tempatannya dan samada ia telah membayar kos saham sepenuhnya.

Note:

The answer to this question should have been replied earlier because the question was submitted on 02-06-08. At about 4:15 pm I had to invoke Point of Order and ask Tan Sri Speaker of the House to direct the Ministry concerned to reply to my question as today is the last day of Parliament. Tan Sri Speaker did direct the Ministry to submit their reply by today. As for the answer to the above question, I have just received it at about 6:55 pm.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, semua syarikat insurans asing yang beroperasi di Malaysia tertakluk kepada keperluan pemerbadanan tempatan (local incorporation). Bank Negara Malaysia tidak mengecualikan American International Assurance Berhad (AIA) daripada keperluan tersebut dan mereka telah pun melaksanakan pemerbadanan tempatan pada 1 Jun 2008. Kini, semua syarikat insurans di Malaysia, termasuk AIA telah Berjaya melaksanakan pemerbadanan tempatan dan mempunyai moedal berbayar tersendiri bagi operasi perniagaan insurans di Malaysia.

2. Pada masa ini, AIA belum mempunyai rakan kongsi tempatan. Kerajaan secara berterusan menggalakkan Pembabitan dan pemilikan ekuiti tempatan yang lebih dalam sector insurans di Malaysia, selaras dengan usaha membangunkan industri insurans tempatan di Malaysia.

Note:

1. The Minister did not properly answer my question.

2. The Minister did not answer why AIA was allowed to operate in Malaysia all these years (until 01-06-2008) with 100% foreign equity. From the answer, you will note the obvious omission of this aspect of my question. The Ministry knew that they have no answer because AIA’s presence here contravened Government policy and regulations for the insurance industry. I shall pursue this matter during the next Parliamentary session until I get the answer.

3. How can AIA be allowed to be locally incorporated without local equity or local shareholder. This is very strange. This point has to be pursued to the hilt.

4. From the the answer given, I smell a rat!

Advertisements

TEKS UCAPAN MENJUNJUNG KASIH TITAH TUANKU AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU WEE CHOO KEONG DI SIDANG PARLIMEN

Tuan Yang Dipertua, saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul untuk mempersembahkan ucapan dalam Dewan yang mulia ini dan pertama-tamanya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Tuanku pada pembukaan Penggal Pertama Parlimen yang ke-12 ini.

Izinkan saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Di-Pertua kerana telah dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Yang Mulia ini dan juga kedua-dua Timbalan Yang DiPertua yang juga dipilih oleh Dewan Yang mulia ini.

Tuan Yang Dipertua,

Ucapan syabas saya rakamkan kepada rakyat amnya, dan secara khususnya pengundi di negeri Wilayah Persekutuan (khasnya Wangsa Maju), Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor kerana cukup berani membuat satu penegasan dalam pendirian politik mereka dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP) kerana bukan sahaja dapat mengekalkan kuasa di negeri Kelantan, bahkan menambahkan pemerintahannya di lima lagi negeri. Di samping itu, tahniah juga kepada rakyat di negeri lain yang berjaya mengurangkan penguasaan majoriti Barisan Nasional yang boleh dijadikan sebagai asas mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang.

Malahan, ianya tidak akan lengkap kalau saya tidak mengucapkan terima kasih kepada MENANTU yang bersikap seperti Perdana Menteri, yang telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai MENANTU sehingga menyebabkan kemarahan bukan sahaja kepada penyokong BN tetapi juga seluruh negara.

Isu-isu yang saya igin membangkitkan disini ialah:

1. KESELAMATAN

Soal keselamatan negara dan rakyat sentiasa menjadi tumpuan kita. Pembangunan dan kemakmuran tidak bermakna sekiranya rakyat Malaysia tidak berasa selamat untuk bergerak di dalam kawasan kejiranan mereka sendiri. Oleh itu, Kerajaan sepatutnya menumpukan seluruh tenaga dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah habis-habisan. Anggota polis perlu dilengkapkan dengan sumber, latihan dan peralatan terbaik untuk menentang jenayah.

Kadar jenayah yang semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini menjadi petunjuk yang amat jelas bahawa Polis Diraja Malaysia telah gagal dalam menjalankan tugasnya. Tidak cukup dengan itu, pihak polis membenarkan diri mereka menjadi alat paksaan dan keganasan untuk mengekalkan kedudukan kerajaan berkuasa. Pihak polis mesti menukarkan fikiran dan sikap mereka jikalu mereka mahu dapat penhormatan rakyat jelata.

Pihak polis mesti menumpukan perhatian pada pencegahan jenayah demi untuk mengelakkan rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa jenayah. Contohnya, wanita yang tidak berdosa menjadi trauma setelah menjadi mangsa ragut. Sesetengah mangsa ini malahan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan yang teruk. Satu lagi contoh ialah adik Nurin yang berusia tiga tahun dan telah meninggal dunia turut menjadi mangsa penjenayahan.

Soal keselamatan negara dan rakyat sentiasa menjadi tumpuan kita. Pembangunan dan kemakmuran tidak bermakna sekiranya rakyat Malaysia tidak berasa selamat untuk bergerak di dalam kawasan kejiranan mereka sendiri. Oleh itu, Kerajaan sepatutnya menumpukan seluruh tenaga dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah habis-habisan. Anggota polis perlu dilengkapkan dengan sumber, latihan dan peralatan terbaik untuk menentang jenayah.

Tuan Yang Dipertua,

Bagaimanapun, kadar jenayah yang semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini menjadi petunjuk yang amat jelas bahawa Polis Diraja Malaysia telah gagal dalam menjalankan tugasnya. Tidak cukup dengan itu, pihak polis membenarkan diri mereka menjadi alat paksaan dan keganasan untuk mengekalkan kedudukan kerajaan berkuasa.

Disebabkan demikian, hak rakyat dipijak-pijak. Sebuah badan polis yang professional dan cekap memerangi jenayah, menghormati hak asasi manusia, tidak berpihak dari segi politik ketika menjalankan tugas, dan bebas daripada rasuah hanya boleh diwujudkan dengan sebuah badan pemantau yang bebas dan mempunyai kuasa secukupnya.

Tuan Yang Dipertua,

Sejumlah besar anggota polis yang ditugaskan untuk berkhidmat pada ketika ini boleh dikatakan tidak memberi tumpuan kepada perlindungan rakyat biasa dan kawasan-kawasan kejiranan. Masa, wang dan tenaga dihabiskan secara berleluasa untuk melakukan siasatan senyap, mengekang hak asasi, dan terlibat dengan korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Walaubagaimanapu, Kerajaan sepatutnya menaikkan gaji, elaun dan peruntukan perumahan pihak polis sebanyak sekurang-kurang 20 peratus bersesuaian dengan tanggungjawab mereka yang sanggup menggadai nyawa demi memastikan keselamatan rakyat terjamin. Peningkatan gaji, elaun dan peruntukan perumahan ini juga adalah penting untuk menjamin taraf kehidupan mereka lebih-lebih lagi kos hidup yang semakin hari semakin meningkat. Selain itu, menambahkan program latihan yang dilakukan pada kadar yang kerap mesti dibuat dan memastikan pasukan polis sentiasa diperkemaskan dengan teknik pencegahan jenayah terkini.

Dalam masa yang sama, pihak polis juga perlu dipertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Pelaksanaan kesemua 125 cadangan-cadangan yang dibuat Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu diimplementasikan dengan segera, sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada tahun 2004 untuk menjamin pembasmian sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di kalangan polis termasuklah jenayah, rasuah dan keganasan. Melaksanakan IPCMC dengan serta merta adalah untuk memastikan taraf profesional serta menjamin integriti tertinggi dalam pasukan polis.

Saya amat hairan kenapakah Kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC), Perdana Menteri sendiri teleah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menimplementasikan cadang-cadangan tersebut dan selepas pasukan polis menetang cadangan-cadang IPCMC ini, Perdana Menteri menarik balik keputusanya untuk memimplementasikan cadangan tersebut. Ini adalah satu lagi contoh flip-flop Perdana.

Jikalau Kerajaan serius untuk mengawal jenayah supaya Negara kita mencapai kepada “zero tolerance”, Kerajan seharusnya memimplementasikan cadangan Suruhanjaya tersebut dan menubuhkan IPCMC dengan segara.

Tuan Yang Dipertua,

Demi faedah semua pihak, kerajaan juga mesti memastikan sekurang-kurangnya 60% pihak polis ditugaskan sepenuhnya dengan tanggungjawab mencegah jenayah yang mempunyai kesan langsung dan pantas ke atas keselamatan rakyat dan setiap kawasan
kejiranan. Menggandakan bilangan anggota peronda polis yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kawasan-kawasan kediaman adalah antara rancangan yang perlu dilakukan sekarang. Pihak polis perlu dibekalkan dengan peralatan yang lebih berkesan untuk memerangi jenayah. Peruntukan mesti disediakan tanpa sebarang pengecualian ke atas peralatan dan teknologi yang mampu menjamin keselamatan rakyat di semua peringkat.

Kebimbangan rakyat mengenai keselamatan mereka begitu serius sejak kebelakangan ini. Tindakan akan menjadi lebih berkesan dengan menempatkan lebih banyak balai polis, pondok polis dan juga ‘checkpoint’ polis di kawasan-kawasan perumahan, membenarkan kawalan bersifat langsung dengan kehadiran polis untuk mengurangkan sebarang bentuk potensi jenayah di kawasan-kawasan tersebut.

2. PENDATANG HARAM DAN GEJALA JENAYAH

Tuan Yang Dipertua,

Kita menyambut baik semua orang asing dating ke Malaysia secara sah. Kita juga menghargai sumbangan pekerja asing dalam membantu pembangunan ekonomi negara ini, khususnya di sector hartanah dan sector lain.

Walaupun kita mengalu-alukan kedatangan mereka, kita tidak seharusnya lupa bahawa kebanjiran pendatang haram dari Indonesia, Bangladeshi, China dan Myamar membawa bersama pelbagai gejala sosial yang tidak sihat. Apa yang paling kita bimbang sekali ialah penyakit sosial seperti merebaknya pelacuran, permusuhan sesama pendatnag haram, rompakan, pecah rumah dan jenayah yang lain. Beberapa tahun lalu kegiatan pecah rumah berlaku hampir di seluruh Negara dan kebanyakannya adalah angkara pendatang asing.

3. PENDATANG ASING DI JALAN PETALING

Tuan Yang Dipertua, Jalan Petaling di Kuala Lumpur telah tekenal sebagai sebuah destinasi pelancongan di negara kita. Malangnya imej Jalan Petaling telah tercemar dengan kebanjiran pendatang tanpa izin yang telah mendominasi kawasan Jalan Petaling. Pendatang tanpa izin adalah salah dari masalah terbesar negara Malaysia. Rakyat Malaysia telah jemu dengan pendatang tanpa izin yang menjadi ancaman sosial pada negara. Oleh itu, tindakan tegas dan terancang perlu diambil untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin ke Negara asal mereka.

Tugas membersihkan pendatang tanpa izin di Jalan Petaling adalah penting. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis dan Jabatan Imigresen harus segera mengambil tindakan bersama untuk menangkap dan menghantar pulang pendatang tanpa izin mulai di Jalan Petaling dan di seluruh negara secara amnya.

RAKYAT SINGAPURA – Pendatang Haram?

Terdapat ramai rakyat Singapura yang hidup dan bekerja di Malaysia selama bertahun-tahun lamanya – malahan ada yang lebih daripada 10 tahun. Ada rakyat Singapura menggunakan Malaysia sebagai tempat kediaman mereka. Kategori rakyat Singapura yang menetap di Malaysia ini menggunakan Pas Sosial dan mereka akan meninggalkan Malaysia pada penghujung setipa bulan ke negara jiran seperti Thailand untuk memperbaharui Pas Sosial mereka.

Perlu ambil perhatian bahawa kategori rakyat Singapura ini yang tinggal dan bekerja di Malaysia telah menyalahgunakan keprihatinan kita. Saya pasti jika cara ini digunakan di Singapura, pejabat Imigresen Singapura tiak akan ragu-ragu mengambil tindakan ke atas rakyat Malaysia.

Bagaimanakah Jabatan Imigresen membenarkan rakyat Singapura seperti ini tinggal dan kembali semula ke Malaysia setiap bulan dan aktiviti seperti ini telah berjalan tanpa dikawal. Saya percaya rakyat Singapura seperti ini juga boleh diklasifikasikan sebagai pendatang asing seperti warga pendatang asing yang lain.

Saya meminta kerajaan terutama sekali Jabatan Imigresen mengetatkan penguatkuasaan dan tidak membenarkan rakyat Singapura mengambil kesempatan ke atas undang-undang kita.

4. MENGHAPUSKAN RASUAH

Tuan Yang Dipertua,

Gejala rasuah menjadi berleluasa di dalam kerajaan dan tidak boleh dicabar di bawah perlindungan pemerintah yang berkuasa. Projek-projek mega diberikan kepada individu-individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan politik yang baik dengan mereka yang berkuasa. Ini mengakibatkan kos-kos projek melambung tinggi ke tahap yang melampau yang akan dibiayai dengan wang cukai daripada rakyat. Kos projek yang melonjak juga bermakna kos hidup yang semakin tinggi dan pembayar cukai terpaksa menanggung kedua-duanya akibat rasuah yang berleluasa.

Badan Pencegah Rasuah seharusnya menjadi sebuah badan yang bebas daripada Jabatan Perdana Menteri dan hanya melapor kepada Parlimen sahaja. Saya bersetuju dengan YB Pasirt Mas bahawa Kerajaan sepatutnya menandantangani ke atas “United Nation Convention Against Corruption” dengan izin.

Usaha kerajaan untuk membendung gejala rasuah ini nampaknya tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ini terbukti, sebanyak 18 kes rasuah yang diumumkan oleh Perdana Menteri membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri dan sampai hari ini 18 individu ini belum lagi dituduh di Mahkamah. Rakyat masih tertunggu-tunggu dari tahun 2004 sehingga hari, bilakah 18 individu yang berprofil tinggi akan dituduh mengenai dengan kes rasuah.

MEWUJUDKAN SEBUAH BADAN KEHAKIMAN YANG BEBAS

Beberapa perkembangan sejak kebelakangan ini jelas membuka ruang untuk ketelusan dan integriti Institusi Kehakiman Negara dipertikaikan.

Pendedahan lengkap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan bukti bagaimana Hakim dipengaruhi oleh pihak luar dalam membuat keputusan dalam kes melibatkan beliau. Saya bersetuju dengan HAli Yang Berhormat dari Ipoh Timor bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Yabg Berhormat Bagan dan Menteri Besar Pulau Pinang, YB Lim GuanEng dan saya adalah mangsa ketidadilan yang dikenakan kepada kami oleh hakim tertentu.

Implikasi pendedahan tersebut ialah negara berada dalam krisis. Institusi yang seharusnya menjadi pelindung keadilan dan harapan rakyat kini hancur maruah dan kehormatanya. Negara yang rakyatnya tidak menghormati sistem perundangan serta kehakiman bakal berdepan dengan masalah yang lebih hebat. Di mata dunia juga Malaysia akan dipandang lebih buruk.

Skandal pita Lingam baru-baru ini telah mengukuhkan persepsi awam bahawa badan kehakiman di negara ini adalah korup dan berpihak kepada kerajaan berkuasa, terutamanya selepas krisis kehakiman 1988 (selepas Tun Salleh di buang kerja). Ia telah gagal mempertahankan hak rakyat dan memberikan keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa kepada golongan kaya dan berkuasa.

Dalam “hearing” Suruhanjaya Sesiatan DiRaja mengenai dengan pita Lingam, seluruh Negara telah tahu bahawa Lingam adalah amat hebat sehingga dia boleh menulis Alasan Kehakiman untuk seorang hakim. Bukan kah ini hebat?

Nama hakim Mahkamah Rayuan pun ada timbul dalam Suruhanjya Sesiatan DiRaja tetapi hakim ini masih “despense justice” di Mahkamah Rayuan. Nama beliau ialah Datuk Low Hop Bing. Saya berharap Ketua Hakim Negara mengambil tindakan dengan segera terhadap isu ini.

Kita menyambut baik titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada Persidangan Hakim-hakim Malaysia bulan lalu bahawa badan kehakiman mesti sentiasa mempertahankan fungsi dan semangat Perlembagaan Persekutuan tanpa mengorbankan doktrin pengasingan kuasa, Rukun Negara dan kebebasan badan kehakiman itu sendiri dalam menegakkan sistem keadilan.

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman juga mendapat sokongan ramai dengan pelbagai pihak meminta saranan itu segera dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan dalam sistem perundangan negara ini.

MEMANSUHKAN JAWATAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN MENTERI PARLIMEN

Tuan Yang Dipertua,

Dalam pilihanraya umum baru-baru ini, Pakatan Rakyat telah mencapai kejayaan yang cukup gemilang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Calon Pakatan Rakyat hanya kalah di satu kerusi sahaja, iaitu di Setiawangsa. Menteri Wilayah Persekutuan adalah satu-satunya calon dari Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur yang dipilih dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Dengan kata lain, beliau adalah ahli pembangkang dalam parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tetapi parti yang kalah dengan teruk, telah berkuasa. Ini adalah satu fakta yang tak pernah berlaku di dalam maysarakat berdemocrasi di seluruh dunia.

Lebih dari itu, Menteri Wilayah Persekutuan hanya bergantung kepada undi pos untuk meyelatkan kerusi Parlimen Setiawangsa. Oleh itu, beliau sepatutnya dilantik sebagai Menteri Undi Pos.

Di bawah Akta Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar Kuala umpur adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kuasa ksekutif dan bukan Menteri Wilayah Persekutuan. Oleh itu, jawatan ini perlu dimansuhkan dengan segera. Padahalnya 1995 sehingga 2004 Kemkenterian Wilayah Persekutuan telah dimansuhkan dan Kuala Lumpur ditakbirkan lebih baik daripada sekarang kerana tiada Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya main politics ariah.

Saya dengan ini mendesak Perdan Menteri supaya tidak membazirkan wang rakyat dan memansuhkan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa bagi kepentingan penduduk Kuala Lumpur dan kewujudan Kementerian ini untuk memain peranan politik BN sahaja.

Tuan Yang Dipertua,

Saya juga ingin menarik perhatian bahawa cara perlantikan Anggota Lembaga Penasihat DBKL oleh Datuk Bandar juga perlu digubal. Dan alhli-ahli Lembaga Penasihat tersebut adalah dari BN dan kuncu-kuncunya. Demi mengimbangi keadaan ini, saya menggesa semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur dilantik secara automatk sebagai Anggota Lembaga Penasihat DBKL, bagi membolehkan suara rakyat diwakili dalam pembentukan dasar serta penilaian pelaksanaan dasar DBKL.

Tuan Yang Dipertua,

Demi menyelesaikan semua masalah social di Kuala Lumpur, kita mesti menggubal Federal Capital Act supaya membolehkan jawatan Datuk Bandar dilantik oleh semua penduduk Kuala Lumpur. Inilah satu-satu caranya membolehkan Datuk Bandar dapat memenuhi kehendak Rakyat dan menjadi lebih bertanggungjawab dan telus.

5. PEMBANGUNAN DI WANGSA MAJU TIDAK TERATUR

Hari ini, kawasan Parlimen Wangsa Maju telah rancak dibangunkan dengan rumah-rumah kediaman dan komersial. Ia memang tidak dinafikan sebagai satu perkembangan yang baik. Bagaimanapun, terlalu banyak projek perumahan dan bangunan-bangunan perdagangan secara berlebihan dan tidak terkawal juga mendatangkan kesan yang negatif terutamanya banyak projek perumahan ini hanya dilakukan oleh sebuah syarikat pemaju yang sama, iaitu Platinum Victory Sdn Bhd.

Banyak projek di bawah Platinum Victory Sdn Bhd telah diluluskan oler DBKL untuk Wangsa Maju tanpa memikirkan kemudahan-kemudahan awam di kawasan tersebut. Sudah terdapat pembangunan berlebihan di Wangsa Maju dan telah menyebabkan kesesakan lalulintas di Jalan Genting Kelang saban hari.

DBKL harus siasat sama ada projek perumahan dan bangunan dagangan di Wangsa Maju oleh Plantinium Victory Sdn Bhd ada mengikut polisi pembangunan DBKL dan peraturan-peraturan pembangunan yang sedia ada.

Sebidang tanah yang bersebelahan dengan sebuah tasik di Jalan Genting Kelang telah digunakan untuk projek perumahaan, sekali lagi ia dilaksanakan oleh Platinum Vicotry Sdn Bhd. Apakah sebab tanah ini diperuntukkan dan adakah suatu tender persendirian untuk projek ini telah dibuat? Kenapkah Platinum Victory Sdn Bhd telah diberi layanan dan keistimewaan.

6. PELANTIKAN AHLI PEMBANGKANG SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA( PAC)

Tuan Yang Dipertua, tujuan utama penubuhan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ialah memeriksa dan memantau urusan kewangan negara dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna.

Untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih, bebas daripada rasuah, boleh dipercayai dan memelihara kepentingan rakyat, kerajaan sepatutnya melantik ahli pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Jika Perdana Menteri seringkali menegaskan ketelusan dan sedia mendengar kebenaran suara rakyat, maka sudahlah tiba masanya untuk melantik daripada kalangan Ahli Pembangkang untuk menajdi Pengerusi PAC demi memastikan segala urusan kewangan negara tidak berlaku sebarang penyelewengan dan membazirkan wang rakyat.

7. AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT ATAU DATA PROTECTION ACT

Untuk mengwujudkan sebuah masyarakat yang bermaklumat, sebuah masyarakat yang bebas dan bertanggungjawab dan sebuah kerajaan yang baik dengan pemerintahan yang telus serta berani memikul tanggungjawab, maka kita sebenarnya memerlukan satu undang-undang yang menjamin kebebasan maklumat dan juga maklumat/data yang disimpan oleh pihak kerajaan atau syarikat swasta seperti bank-bank dan lain-lain.

Pada 24 Mei 1993 semasa saya sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang, saya telah menyeru Kerajan untuk melusluskan satu akta bernama Freedom of Information Act. Di mana akta ini boleh mengawal supaya data-data yang disimpankan oleh polis, syarikat-syarikat perbankan dan lain adalah seratus-peratus betul.

Tuan Yang Dipertua,

Kita tidak boleh menafikan bahawa data-data yang disimpan oleh insitusi yang menyiman data seperti CETOS, institusi perbankan dan lain di mana orang awam dalam rekodnya adalah seorang bankrap sedangkan orang tersebut bukanya seorang bankrap. Keadaan ini menjejaskan kepentingang orang tertentu.

Di Amerika Syarikat mereka ada Freedom of Information Act dan di UK ia ada Data Protection Act. Di UK orang awam boleh menulis surat kepada mana agensi kerajaasn, syarikat perbankan dan lain untuk mendapatkan apa-apa maklumat mengenai dengan meraka ataupun informasi mengenai mereka dan agensi kerajaan atau syarikat tersebut mesti memberuikan maklumat mengenai beliau dan beliau ada hak untuk membetulkan maklumat yang tidak betul. Negara kita sudah sampai masa untuk meluluskan satu Freedom of Information Act atau Data Protection Act.

Tuan Yang Dipertua,

Saya menyeru Kerajan supaya membentang satu ruang undang bernama Freedom of Information Act atau Data Protection Act.

Due to time constraint I was unable to speak more on the Government’s special treatments given to AirAsia.

Tuan Yang Dipertua,

AIRASIA DIBERI LAYANAN ISTIMEWA

I did object to the special treatments given to AirAsia by the government.

I also questioned the government on the issue of helping AirAsia, which is a private company.

I also questioned the government for building the LCCT for AirAsia’s use and for it to be called the home of AirAsia.

I also talked about building of LCCT. To my estimation the LCCT as it were should not cost more than RM20 million but the actual cost of LCCT was RM108 million.

I also questioned the Minister of Transport why there was no open tender for the LCCT project. I also questioned the Minister of Transport on what basis the LCCT project was given to Fajarbaru Builder Group Bhd.

LANGIT TERBUKA

Demi mengelakkan AirAsia daripada terus monopoli, saya menyarankan supaya kerajaan mengamalkan dasar langit terbuka dengan membenarkan syarikat-syarikat penerbangan yang lain seperti MAS menjalankan perkhidmatan Tambang Murah dalam negara.

Kenapakah kerajaan memberikan hak keestimewaan kepada AirAsia untuk monopolikan low cost carrier services di dalam Negara.

SISTEM SATU TAMBANG – ALL-IN-ONE FARE

Buat masa ini, iklan tambang AirAsia tidak menunjukkan harga yang sebenar. Ia mengiklankan RM9.99 tidak bermakna RM9.99 telah perlu ditambahkan dengan cukai lapangan terbang dan lain-lain-lain bayaran. Harga sebenar boleh mencecah RM150 dan bukan RM9.99 seperti yang diiklankan. Taktik perniagaan seperti ini tidak beretika dan sepatutnya diberhentikan.

Kerajaan perlu menghentikan kegiatan yang tidak sihat ini. Kerajaan perlu mengeluarkan undang-undang baru bahawa semua harga tambang yang diiklankan mestilah sama dengan harga yang perlu dibayar oleh penumpang di bawah sistem satu tambang.

SYARIKAT ASING

Polis kerajaan Malaysia untuk syarikat asing menjalankan perniagaan di Malaysia ialah sekurang-kurangnya mempunyai 30 eduiti kepada Bumiputra.

American International Assurance Co Ltd (AIA) adalah satu-satunya syarikat asing yang diberikan hak keistimewan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia tanpa membeikan 30 equiti kepada Bumiputra.

Kerajaan sepatutnya memberitahu kepada kita kenapa AIA diberikan keistimewan dan dikecualikan daripada sebarang polisi kerajaan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

Sekian Terima Kasih.