BREAKING NEWS

Pakatan Rakyat had already tabled a motion to move the House under Standing Order 18 (1) of Parliament to adjourn the House for the purpose of discussing a matter of public importance that is: A Vote of No Confidence Against the PM.

The Speaker’s decision will be made known on Monday at 11:30 am after Questions Time. If the Speaker allow it then it will be tabled before the House for debate on Monday at 4.30 pm.

Advertisements

Minister of Transport’s reply to the issue that I have brought up concerning the debts owed by AirAsia to MAHB and the upgrading project of LCCT, which was awarded to Fajarbaru Builder Group Bhd totaling RM123.9 million.

DEPUTY MINISTER’SREPLY:

Deputy Minister of Transport has confirmed that the actual debt owed by AirAsia is RM110 million and not as stated by Datuk Tony Fernandes, the CEO of AirAsia. He stressed that we should not bother about what has been said by Tony Fernandes. It was also not true that there were no actions taken by MAHB to recover the said debt. He said that MAHB did telephone and write letters to AirAsia asking for payment of the said debt of RM110 million. He reconfirmed that the total debt owed to MAHB is RM110 million.

When I said that recovery of debts via telephone calls and letters were not enough and asked why there were no legal actions taken by MAHB, as Government GLC, against AirAsia to recover the said debts. The Deputy Minister could not reply and he pushed the responsibility to the Minister of Finance as MAHB is under the control of GLC. I also told him that I have asked the Minister of Finance 2, YB Tan Sri Noor Yakob, yesterday regarding the discussion and YB Tan Sri Noor told me that debt between GLC and private company has nothing to do with the Ministry of Finance. The Deputy Minister did not respond about this.

From henceforth the Deputy Minister refused to take further clarification.

He went on to state that open tenders were carried out for the LCCT project costing RM123.9 million. Seven tenders were received and Fajabaru was the lowest. Eight tenders were received for the Penang Airport.

Note:

I wanted to ask for further clarification from the reply given by the said Deputy Minister as follows:

Why MAHB allowed AirAsia to owe the debt since 2002?

If AirAsia refused to pay the debt since 2002, why didn’t the Ministry advise or instruct MAHB to withdraw all services including the utilization of all facilities under the care and control of MAHB ?

To provide list of the names of contractors who have tendered for the LCCT job and the Penang Airport and their respective tendered sum for each of the project?

Fajarbaru is a company and its core business is “INVESTMENT HOLDING & PROVISION FOR FINANCIAL SERVICE”. Surely lowest tender price cannot be the main criteria for appointment to do the work – the experience and track records must also be of equal importance. Why MAHB and the Ministry did not take into consideration i.e. the experience and track records before the appointment of Fajarbaru?

During the reply by YB Minister of Tourism, I have asked her to clarify the following:

Subject:

Pempena Sdn. Bhd. – The National Tourism Development Company Set Up In 1976 by Tourism Malaysia Under Tourism Ministry

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan YB Menteri Pelancongan,

Saya amat tertarik kepada produk-produk yang dibangkit oleh YB Menteri. Saya igin merujuk kepada laporan Malaysiakini pada 02-07-2008 dimana Malaysiaki telah bongkarkan satu skandal kewangan yang melibatkan terhadap PEMPENA SDN BHD, satu syarikat yang di tubuhkan pada tahun 1976 dan ia adalah di bawah kawalan Kementerian Pelancongan. 20 orang pekerja-pekerja Pempena telah menandatangani satu memorandum yang mempunyai 9 mukasurat dan pada 24-03-2008 mereka telah hantar kepada pengarah-pengarah Pempena, Tourism Malaysia Board dan Menteri Pelancongan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan oelh Menteri tersebut.

Saya igin memetik dari laporan Malaysiakini, satu news portal yang terkenal:

“Two government officials of a government linked company have been implicated in a series of scams that have allegedly diverted millions of Ringgit in tourism-development funds into private pockets.

They are said to have:

1. Pocketed commissions when refinancing luxury vehicles for a high-end tourist taxi service;

2. Approved several contracts to RM2 companies supplying services for tourism-based projects;

3. Over-stated the costs of creating an e-tourism portal by about RM5 million; and

4. By-passed Pempena board of directors in “investing” in a restaurant project in Melbourne.

The memorandum named accountant Lim Khing Tai and senior business development manager Raja Norsan Raja Nasron as the main person behind the alleged scams.

It also claimed that chief executive officer Razali Mohd Daud, who is also deputy director general of Tourism Malaysia’s promotion department, had done nothing despite having received complaints.

Pempena is in poor financial shape compared to 2003, when it had RM50 million for tourism development projects. It now faces several high risk non-profitable investments.

The staff are angry because all this is due to CORRUPTION, CRIMINAL BREACH OF TRUST AND ABUSED OF POWER BY TOP MANAGERS.”

Saya berharap YB Menteri Pelancongan memberi penjalasan id dalam Dewan Yang Mulia ini apakah tindakan telah diambil oleh Kementerian YB terhadap memorandum tersebut jika tidak kenapa tidak.

At this stage, YB Tan Sri Speaker intervened and warned that I must be certain of what I have quoted from Malaysiakini. I told YB Tan Sri Speaker that I standby Malaysiakini’s report.

YB Minister informed Parliament that she had already set up an internal audit committee to investigate into the allegations in the said Memorandum and she will inform me of the result of the investigation.

Note:

The reply was not very satisfactory because the Memorandum was sent to her on 24-03-08 and she had 4 months to investigate.

Such allegations should be referred to the Auditor-General for investigation and at the same time report to the police and ACA.

Under the circumstances, I hope that the Ministry will take the allegations in the Malaysiakini report seriously.

Head of government linked companies (GLCs) must be UMNO members?

Soalan No. 45: PR-1212-L13845

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah telah menjadi polisi Kerajaan Persekutuan bahawa Pengerusi sesebuah syarikat seperti MAB, Sepang International Circuit dan lainlain di mana Menteri Kewangan mempunyai kepentingan, mestilah ahli UMNO dan adakah ini bermakna jawatan dalam syarikat tersebut hanya untuk ahli UMNO dan bukan rakyat Malaysia serta untuk Bumiputera tidak mengira fahaman politik.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua,

Pengurusi GLC tidak semestinya ahli UMNO. Untuk makluman Yang Berhormat, pemilihan seseorang calon sebagai Pengurusi sesebuah syarikat GLC, kewibawaan serta pengetahuan yang mendalam dalam sesebuah sector/industry di mana syarikat tersebut beroperasi dan bukannya berdasarkan kepada fahaman politik. In adalah bertujuan memastikan bahawa Pengurusi yang dilantik adalah berkelayakan dan berkemampuan untuk menerajui Lembaga Pengarah sesebuah syarikat GLC tersebut demi menjaga kepentingan semua pihak serta memastikan pengurusan syarikat dikendalikan dengan berkesan.

Note:

Just because YB Dato’ Mukriz, MP for Jerlun, was critical of the PM, many UMNO leaders called for him to be removed. Hence this question.

My speech for the Mid-Term Review of the 9th Malaysia Plan.

Ucapan perbahasan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju,

YB Wee Choo Keong mengenai Separuh Penggal Kajian

Rancangan Malaysia ke 9.

Datuk Yang Di-Pertua,

Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 9. Kenyataan Menteri (Ministerial Statement) oleh YAB Timbalan Menteri pada 30 Jun 2008 mencerminkan satu undi tidak percaya terhadap YAB Perdana Menteri.

Datuk Yang Di-Pertua

Masaalah utama Kerajaan BN ialah masalah penguatkuasaan undang-undang, peraturan dan perlaksanaan Rancangan seperti RMK Ke 9 ini. Kerajaan BN tidak mampu untuk mentadbir negara lagi kerana dengan izin, this administration is riddled with scandals after scandals!

Contoh utama: PARLIMEN

Untuk mengkaji RMK9 kerajaan Barisan Nasional, kita tidak perlu pergi terlalu jauh. YAB PM telah melantik YB Menteri Parlimen untuk menjaga Parlimen tetapi beliau tidak menjaga fungsi serta infrastruktur Parlimen dengan baik.

Sebagai Contoh: Tempat letak kereta untuk Ahli Parlimen telah digunakan oleh orang bukan Ahli Parlimen. Papan tanda seperti ‘Khas untuk Ahli Parlimen’ telah diletak di luar tandas dan kawasan rehat tidak dikuatkuasakan. Jawapan Soalan Secara Lisan selepas “Questions Time” tidak di serah dengan segara kepada Ahli Parlimen. Biasanya saya dapat jawapan sebelah petang dan kadang-kadang esokan. Dengan izin “World class Parliament with third class mentality.”

Oleh demikian, saya berharap Menteri Parlimen mejalankan tangung jawabnya dengan baik.

Itu adalah gejala biasa yang dilakukan oleh menteri dan pegawai kerajaan Barisan Nasional. Saya ingin menekankan bahawa Kajian Separuh Penggal hanyalah sia-sia sahaja kerana kebanyakannya tidak dilaksanakan seperti “Ikan di hulu, tuba di hilir.” Sudah banyak pengumuman dan pelancaran mengenai satu corridor demi satu corridor tetapi sebenarnya tidak ada satu corridor pun yang betul-betul diwujudkan. Bak pepatah, “ayam bertelur, riuh sekampung.” Projek yang kononnya membawa faedah kepada rakyat tetapi tidak ada satupun yang berjaya.

KESELAMATAN

RMK 9 akan menjadi rancangan yang sia-sia sahaja jika semua rakyat Malaysia tidak memperkatakan tentang soal keselamatan di negara kita. Kebanyakan rakyat di negara kita kini hidup dalam ketakutan kerana diancam oleh macam-macam kes jenayah. Saya percaya kadar jenayah di Wangsa Maju telah meningkat setiap hari. Kes jenayah telah berada pada tahap yang membimbangkan. Pihak polis sesungguhnya sudah tidak boleh menggunakan alasan kononnya tidak cukup tenaga anggota. Alasan ini tidak boleh diterima langsung. Sekiranya kekurangan tenaga anggota, Ketua Polis Negara perlulah meminta untuk Kerajaan supaya menambah jumlah anggotanya dalam usaha memastikan negara kita sebagai negara ‘sifar jenayah.’

MANIPULASI SEKOLAH DAN NGO – MAJLIS PEGUAM

Tuan Yang Di-Pertua,

Pada malam 5 Julai 2008 saya dijemput hadir majlis makan di SRJKC Mun Yee di Wangsa Maju. Saya diberitahu oleh Penguri Board of Governor sekolah ini bahawa Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan satu directive bahawa semua sekolah tidak boleh membenarkan Ahli Parlimen pembangkang untuk mengucap di dalam apa-apa majlis di sekolah tetapi tokoh-tokoh politik BN khasnya MCA, iaitu bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, boleh mengucap dalam majlis yang sama. Inciden ini dinyaksikan oleh setiausaha kepada Timbalan Menteri Pelajaran.

Tindakan kementerian telah menunjukkan Kementerian Pelajaran masih belum matang dan tidak menghormati Ahli dari Dewan Yang Mulia ini.

Saya cadangkan Kementerian Pelajaran janganlah memain politik kotor hingga tahap ini dan menarik balik directive ini dengan segera kerana kegiatan ini adalah kegiatan yang tidak sihat untuk pembangunan Negara kita.

Datuk Yang Di-Pertua,

Kerajaan sepatutnya tidak boleh memanipulasi badan-badan bukan kerajaan untuk kepentingan peminpin tertentu. Contohnya, Majlis Peguam telah membenarkan dirinya diperalatkan oleh Kerajaan. Majlis Peguam telah hilang arah apabila menganjurkan majlis makan malam pada 17 April lalu tetapi majlis itu telah dibayar oleh Kerajaan Barisan Nasional. Saya meminta YB Menteri Undang-undang untuk menjelaskan jumlah kos jamuan makan malam yang di anjurkan di hotel mewah 5 bintang, JW Mariott. Majlis Peguam telah hilang arah dan objektifnya. Beberapa hari yang lalu, Majlis Peguam telah bergerak sebagai badan politik apabila menganjurkan forum mengenai Kontrak Sosial.

Majlis Peguam sepatutnya mempersoalkan YAB Perdana Menteri kenapa beliau tidak menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan izin “Judicial Appointment Commission” yang telah dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri ketika menghadiri majlis makan malam di Hotel J W Marriot.

Pegawai-pegawai tertinggi Majlis Peguam perlu berhenti bermain politik dalam usaha mematapkan kedudukan dan kuasa YAB PM dan sebalik memainkan peranan mereka mengikut tradisi iaitu lebih membabitkan diri dalam soal badan kehakiman dan undang-undang .

YA Datuk Low Hop Bing, Hakim Mahkamah Rayuan

Datuk Yang Di-Pertua,

Saya telah membangkitkan beberapa kali mengenai YA Datuk Low Hop Bing, seorang Hakim Mahkamah Rayuan, dimana beliau telah terbabit dalam perbicaraan Suruhanjaya Diraja mengenai kes pita video VK Lingam dimana adik VK Lingam telah diminta oleh abangnya untuk memberikan sebuah beg yang berat kepada YA Datuk Low Hop Bing di rumahnya pada suatu tengah malam. Adik VK Lingam mengesahkan kepada saya bahawa beg itu sebenarnya berisi dengan wang yang banyak. Memang jelas bahawa kelakuan Datuk Low Hop Bing ini membuktikan kata perpatah “Ibarat kutu, boleh diselisik.”

Sehingga hari ini Datuk Low Hop Bing ini masih mengadili kes di mahkamah sedangkan intergitinya telah menjadi tanda tanya kepada rakyat umum. Dengan izin, “How can a judge be allowed to dispense justice in Court when there was a strong allegation of corruption against him? Majlis Peguam haruslah mengambil tindakan terhadap skandal kehakiman ini janganlah mengizinkan ia diperalatkan oleh mana-mana pihak.

Saya merayu kepada YB Menteri Undang-undang mengambil tindakan dengan segara supaya tugas Datuk Low Hop Bing digantungkan sementara untuk menyiasat dengan terpirinci diatas tuduhan korupsi tersebut. Selepas seisatan lanjut dan jika tiada kes terhadap Hakim tersebut, beliau boleh mengadili kes di Mahkamah semula.

KETIDAK CEKAPAN SYARIKAT BERKAITAN DENGAN KERAJAAN (GLC)

Pada sesi Parlimen bulan Mei lalu, Menteri Pengangkutan telah mengesahkan bahawa AirAsia teleh berhutang dengan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dengan sejumlah RM113 juta di atas perkhidmatannya di dalam negara sejak tahun 2002. Ini menujukkan pengurusan di dalam MAHB adalah tidak cekap dan tidak berwibawa kerana MAHB tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menuntut hutang dari AirAsia dari tahun 2002. Menteri Pengangkutan harus mengambil tindakan terhadap Pegawai MAHB yang gagal menjalankan tugasnya.

Selain daripada itu, Pengarah Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernades bagaimanapun telah mengumumkan AirAsia hanya berhutang dengan MAHB sebanyak RM68 juta sahaja. Ini bermakna, salah seorang daripada mereka (iaitu Menteri Pengangkutan dan Ketua Eksekutif AirAsia) telah membuat kenyataan yang palsu.

Menteri Pengangkutan mesti memberi penjelasan kenapakah beliau tidak dirujuk kepada Privilege Committee kerana membuat kenyataan yang palsu kepada Parlimen.

Apabila saya bertanyakan apakah tindakan yang akan diambil oleh MAHB dan MAS untuk mendapatkan balik jumlah RM113 juta dan RM85 juta milik masing-masing, Menteri Pengangkutan menjawab “Bagi mendapatkan semula hutang-hutang tersebut daripada AirAsia, MAS dan MAHB sedang mengadakan perbincangan dengan AirAsia dan Kementerian Kewangan.”

Jawapan yang diberikan amat tidak masuk akal kerana AirAsia adalah sebuah syarikat swasta dan mengapa Menteri Kewangan perlu melibatkan dirinya. Saya tidak pernah dengar adanya sebuah syarikat swasta yang berhutang dengan GLC dan sebelum sebarang tindakan dibuat untuk menjelaskan hutang perlu berbincang dengan Kementerian Kewangan. YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan perlu memberikan penjelasan kenapa beliau begitu berminat dengan berhutang dengan hutang-hutang AirAsia kepada MAHB sebanyak RM113 juta dan MAS RM85 juta.

Bukankah tugas utama YAB PM merangkap Menteri Kewangan untuk memastikan semua GLC mesti menuntut segala hutang daripada syarikat swasta, seperti AirAsia, dengan segara dan mengarahkan Kementerian Kewangan tidak masuk capur atas tindakan menuntut hutang oleh GLC.

Apakah YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ataupun menantu tertentu mempunyai kepentingan dalam AirAsia dan oleh itu, MAHB dan MAS tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap hutang-hutang yang tertanggung itu.

Saya meminta Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berhenti dengan segera daripada mencampuri urusan dan tindakan mengenai pembayaran hutang AirAsia kepada MAHB dan MAS.

MAHB KELUARKAN LETTER OF ACCEPTANCE PADA 19-03-08 KEPADA FAJARBARU UNTUK MEMBINA LCCT BARU YANG BARU DENGAN KOS BERJUMLAH RM123.9 MILLION

Datuk Yang Di-Pertua

Pada 12 Mei 2008 saya mempertikaikan bahawa tiada tender terbuka dilaksanakan oleh MAHB semasa memberi kontrak kepada syarikat FAJARBARU. YB Menteri Pengangkutan memberi jawpan seperti berikut:

“Oleh sebab keperluan LCCT adalah begitu mendesak dan perlu dibina dalam masa yang singkat, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan projek ini secara rundingan terus kepada FAJARBARU BUILDER GROUP BHD.”

Syarikat FAJARBARU ini terlibat dalam kegiatan dengan izin “INVESTMENT HOLDING & PROVISION FOR MANAGEMENT OF SERVICE.” Kumpulan Fajarbaru ini date back ke 1976 di mana core subsidiarinya ialah, Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. (27198-T) (Formerly known as Syarikat Pembenaan Fajar Baru (Rembau) Sdn. Bhd.) Samada ini adalah satu coincidence di mana syarikat ini ada latar belakang dari Rembau, kawasan menantu tertentu.

Pada 20-05-2008 Perbahasan Menjujung Kasih Kepada Titah Tuan Yang Di Pertuan Agung, YB Menteri Pengangkutan telah mengaku bahawa syarikat FAJARBARU ini tiada pengalaman dalam pembinaan airport dan ia ada pengalaman untuk membina warehouse untuk airport sahaja.

Pada masa yang sama, YB Menteri juga memberi jaminan di dalam Dewan ini bahawa tender terbuka akan dijalankan untuk projek LCCT baru.

Skandal ini juga dipertikaikan oleh YAB Dato’ Husam Musa, Timbalan Menteri Besar Kelantan dalam blognya, husammusa.com dan saya memetik menyataan beliau:

Kenyataan Fajarbaru kepada BSKL boleh dirujuk. Ia dokumen bertulis. Sekali lagi Fajarbaru Builder yang dulunya Fajarbaru Rembau yang telah ditukar namanya atas sebab yang mereka sendiri ketahui, mendapat projek ini belum pun Menteri tahu mengenainya. Dua bulan selepas syarikat ini mendapat tawaran, Menteri Pengangkutan masih pergi ke Dewan Rakyat dengan jawapan yang sudah usang dan tak terpakai!

Keputusan pilihanraya Mac 2008 ada kaitan atau tidak dengan keputusan pemberian tawaran ini, boleh menjadi teka teki.

Tetapi untuk YB Ong memberikan jawapan berbeza dengan dokumen rasmi yang ada, merendahkan mutu YB Ong yang saya yakin, tidak sama sekali akan berbuat demikian jika beliau diberikan maklumat yang tepat.”

Saya bersetuju dengan kenyataan YAB Datuk Husam Musa bahawa Menteri Pengangkutan tidak diberi maklumat yang tepat oleh kaki-tangan Kementerian Pengangkutan kerana pada 24-03-08 Fajarbaru telah melaborkan projek LCCT ini telah diberikan kepada Fajarbaru.

Saya amat terkejut dengan fakta-fakta berikut:

Pada 19 Mac 2008 YAB PM mengumumkan Jemaah Menteri Yang baru.

Pada 19 Mac 2008 (hari yang sama YB Datuk Ong Tee Keat dilantik sebagai Menteri Pengangkutan) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengeluarkan satu “Letter of Acceptance kepada Fajarbaru mengenai dengan project LCCT baru dengan izin, “Proposed Design, Construct and Complete the Expansion of Low Cost Carrier Terminal (LCCT) at KLIA” dengan harga kontrak berjumlah RM123.9 million tanpa Tender Terbuka.

Tarikh pemulaan Projek LCCT baru ini ialah 7hb April 2008

Saya tidak percaya bahawa pada hari perlantikan beliau sebagai Menteri Pengangkutan dan beliau terus mengarahkan MAHB untuk mengeluarkan Letter of Acceptance untuk LCCT Baru ini kepada FAJARBARU.

Dalam tempoh dua hari pada 21 Mac 2008 FAJARBARU telah menerima Letter of Acceptance dari MAHB. Ini menunjukkan MAHB amat efficient. Tetapi MAHB tidak mengambil tahu tentang hutang sebanyak RM113 juta dari AirAsia.

Saya percaya bahawa fakta-fakta tersebut adalah berunsur korup kerana kontrak tersebut diberikan kepada Fajarbaru tanpa Tender Terbuka. Terdahulu kontrak untuk LCCT lama diberikan kepada Fajrbaru tanpa Tender Terbuka atas lasan masa yang singkat. Sekarang alasan apa: “corruption!”

Saya mecadangkan bahawa YAB Perdana Menteri, Menteri Kewangan memberi penjelasan dalam perkara-perkara seperti berikut:

Kenapakah pada 19 Mac 2008, dalam tempoh 10 hari selepas Pilihan Raya Umum Ke 12 kenapa MAHB dengan begitu cepat mengeluarkan Letter of Acceptance untuk memberikan projek ini kepada Fajarbaru tanpa Tender Terbuka kali kedua.

Kenapakah Fajarbaru adalah satu syarikat yang amat special dengan izin whose core business is “INVESTMENT HOLDING & PROVISION FOR MANAGEMENT OF SERVICE,” dan diberikan beberapa projek yang besar oleh Kerajaan tanpa Tender Terbuka.

Projek-projek Yang lepas:

LCCT yang sedia ada

TNB HQ

Seremban Bus terminal

Control Public Health Laboratory, dan

National Library.

Projek-projek yang baru:

LCCT Baru

Airport Baru di Pulai Pinang

Sila berikan jumlah kos untuk setiap projek tersebut kecuali LCCT yang kita sudah tahu dan memberikan alasan untuk setiap projek tersebut kenapa projek diberikan kepada Fajarbaru tanpa Tender Terbuka.

Atas alasan apa MAHB membenarkan syarikat Mesra Indah Jayas Sdn Bhd (dahulu dikenali Mesra Indah Jaya Autopart services & Trading Sdn Bhd) untuk mengutip daripada pemandu taxi 9% dari caj taxi dari LCCT. Syarikat tersebut tidak memberi apa-apa perkhidmatan kepada pemandu taxi. Samada kebenaran ini akan dibatalkan demi kepentingan pemandu-pemandu taxi.

PNB – GOLDEN HOPE PLANTATION BHD

Tuan Yang Di-Pertua,

Golden Hope Plantation Sdn Bhd adalah sebuah subsidiari PNB dan Golden Hope Sdn Bhd melalui Jomalina Food Industries Sdn Bhd terlibat dalam “future trading of Palm Oil” oleh seorang “rouge trader” bernama En Badrul pada bulan July 2007 ia mengalami kerugian sebanyak RM120 million. Sehingga kini tiada sebarang tindakan yang telah diambil.

PEMPENA SDN BHD – THE NATIONAL TOURISM DEVELOPMENT COMPANY SET UP IN 1976 BY TOURISM MALAYSIA UNDER TOURISM MINISTRY

Tuan Yang Di-Pertua,

Kemarin (02-07-2008) Malaysiakini bongkar satu skandal kewangan yang melibatkan terhadap PEMPENA SDN BHD, satu syarikat yang di tubuhkan pada tahun 1976 dan ia adalah di bawah kawalan Kementerian Pelancongan. 20 orang pekerja-pekerja Pempena telah menandatangani suatu memorandum yang mempunyai 9 mukasurat dan pada 24-03-2008 mereka telah hantar kepada pengarah-pengarah Pempena, Tourism Malaysia Board dan Menteri Pelancongan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan oleh Menteri tersebut. Inilah dengan izin, “DELIVERY SYSTEM” of BN government.

Sekian Terima Kasih.

Note:

I could not finish my speech. I could not touch on the remaining subjects listed below due to time constraint.

– PNB & Golden Hope Sdn Bhd – the remaining facts regarding the loss of RM120 million.

– Widening of Jalan Genting Kelang regarding the cost of land acquisition amounting to RM25 million.

– Bank Negara Governor resignation from Kazanah

– Proposed Data Protection Act

– Last but not least: the famous En Mahadi of Jabatan Perancang, DBKL.

I shall bring the above matters up next week during the debate on the Supply Bill. Trust me, I will not let them go so easily.

Minister of Home Affairs’ “standard reply” to my security question with regard to Wangsa Maju and Kuala Lumpur

Soalan No. 38: PR-1212-L13818

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah atau akan diambil oleh pihak polis untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan Wangsa Maju dan sekitar Kuala Lumpur di masa hadapan.

Jawapan:

Tuan Yang Di Pertua

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihka Kerajaan dan PDRM sentiasa emngambil lagnkah-langkah yang perlu dan kaedahn penyelesaian secara menyerulurh bagi mengurangkan kadar jenayah di Kawasan K L dan Wangsa Maju. Antara langkah-langkah dan tindak telah diambil adalah dengan mengambil tindakan mengadakan rondaan lebih kerap dengan tmabahan anngotta dan MPV; mempertingkatrkan pencarian maklumat risikan; mempertingkatkan mutu penyniasatan; meningkat kesedaran terhadap masyarakat mengenai tanggungjawab mereka untuk bersama memerangi jeneyah denghan memperluaskan Program Skim Kepolisan Masyarakat seperti ‘Rakan Cop” dan Skim Pengawasan Kejiranan seperti Rukun Tetangga yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara pihak polis dan masyarakat; dan berkerjasama dengan setiap PBT negeri untuk mengaji kawasan-kawasan yang sesuai dan perlu dipasang CCTV.

Notes:

1. These are the standard answers given by the Minister of Home Affairs.

2. The police have been taking such actions for years and crime rates in Wangsa Maju and KL areas still keep on increasing.

3. Talking about CCTV. There are CCTV but some, if not most, are not in working condition. High crime areas are without CCTV.

4. This would appear that such actions do not work and the police have to reinvent or rethink their outdated ideas or non-implementation of ideas.

5. Without more police officers on the beat (on the road) like the Salleh System that we used to have before, it will be extremely difficult to eradicate crimes.

6. Without well-trained professional prosecuting officers to secure convictions against criminals, it will also be difficult to eradicate crimes.

7. Therefore, the police must have more dialogue with the people to understand their concerns and also suggestions to fight crime.

Minister of Foreign Affairs not answering main thrusts of question regarding Batu Puteh case

Soalan No. 26: PR-1212-L13841

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah kumpulan peguam negara kita memaklumkan kepada pakar undang-undang asing bahawa Batu Puteh yang akan dibentangkan kepada ICJ adalah diambil dari blog, kos keseluruhan untuk pakar undang-undang asing dan perbelanjaan keseluruhan kepada kumpulan peguam negara termasuk professor dan lain-lain, dan sila berikan nama firma guaman tempatan yang terlibat di dalam kes tersebut.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Wangsa Maju di atas soalan-soalan yang telah dikemukakan.

1. Mengenai pertikaian Singapura ke atas bukti-bukti yang dikemukakan Malaqysia semasa perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Singapura mempertikaikan Malaysia termasuklah apa jua hujah serta bukti yang dikemukakan Malaysia termasuklah gambar terkini Batu Puteh yang berlatarbelakangkan tanah besar Johor. Pertikaian Singapura di satu pihak terhadap gambar serta segala bukti yang dikemukakan Malaysia di satu pihak yang lain adalah sesuatu yang lumrah di perbicaraan sebegini.

Tuan Yang Di Pertua,

2. Panel penashit perundangan antarabangsa yang membantu Malaysia untuk merpertahankan kes kedaulatan ke atas Bastu Puteh di ICJ adalah merupakan pasukan yang hampir sama dengan mereka yang telah Berjaya membantu Negara mengekalkan kedaulatan terhadap Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Mahkamah yang sama. Tiga daripada panel penasihat undang-undang antarabangsa ini jugalah yang telah membantu Negara memenangi kes kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di ICJ pada 17 Disember 2002. Mereka yang dimaksudkan adalah Professor Sir Datuk Elihu Lauterpacht dan Datuk James Crawford yang merupakan pakar undang-undang antarabangsa terkemuka Cambridge Unoiversity dan Professor Nicholaas Jan Schrijver dari Leiden Unoiversity. Dua orang pakar lagi yang dilantik untuk kes Batu Puteh ini adalah Professor Marcelo G Kohen dari Graduate Institute of International and Development Studies, Geneva dan Cik Penelope Neville dari Cambridge University.

3. Pakart perundangan antarabangsa ini dilantik untuk membantu Negara dengan segala kepakaran mereka dalam menyediakan kes Malaysia di ICJ serta memberikan nasihat perundangan dan juga bimbingan dalam kerja-kerja penyelidikan berhubung kes ini. Mereka dibayar dengan bayaran yagn setimpal dengan kepakaran mereka menurut amalan biasa mana-mana Negara yang melantik pakar-pakar perundangan antarabangsa sebegini dan tiada bayaran tetap (retainer fees) yang dikenakan setiap bulan. Purata jumlah bayaran yang telash dibayar kepada seorang pakar perundangan antarabangsa bagi tempoh setahun adalah RM233,041-00. Dalam hal ini, apa yang lebih penting adalah kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh panel penasihat antarabangsa ini dalam mempertahankan kes Malaysia di ICJ.

4. Namun perlulah ditekankan bahawa, semasa perbicaraan kes ini yang telah berlangsung dari 6 hingga 23 November 2007 yang lalu, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Yg Bhg Tan Sri Abdul Kadir Mohamad sebagain agen Malaysia untuk kes ini ke ICJ merangkap Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri kepada YAB Perdana Menteri, Yg Bhg Dato’ Noor Farida Ariffin, Agen Bersama dan disertai pengawai-pegawai kanan Kementerian Laur Negeri, Majlis Keselmatan Negara, Prejabat Setiausaha Kerjaan Negeri Johor, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatsan Arkib Negara, Jabatan Laut, Pusat Hidrografi Nasional dan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi bersma-sama mempertahankan hak dan kedaulatan Negara spanjang perbicarran kes tersebut.

Notes:

1. The main thrust of the questions were: (a) whether our legal team informed the foreign legal experts that the Batu Puteh picture that was presented to ICJ was taken from a blog; (b) what was the total costs incurred for the foreign experts, our local legal experts, our local professors and others; (c) what is the name of the firm of solicitors.

2. It was obvious that the Minister of Foreign Affairs did not answer the main thrust of the question.

3. The Minister of Foreign Affairs chose not to inform us of the total costs incurred for the foreign and local legal experts and other costs incurred. I have reason to believe that the total costs incurred for this case was several million Ringgit. The Minister chose to provide the pro-rata yearly cost of RM233,041 for each foreign legal experts. Therefore, the total cost for the foreign expert alone comes to more than a million Ringgit (RM233,041 x 5 persons). How about the other cost of our local legal experts.

4. The Minister chose not to mention the name of the local firm of solicitors acting for the government. I have been informed that the firm of solicitor belongs to the son of a top government official. This obviously incurred some costs. The Minister chose not to provide the cost for the local firm of solicitors.

5. I shall pursue answers for the above during the debate on Mid Term Review On Recangan Malaysia Ke-9.