Questions Time, 17 July 2008 …cont’d

July 21, 2008

– Minister of Home Affairs’ answer on “Number of cases acquitted due to loss of exhibits in police custody”
– Minister of Health’s answer on “WHO’s Framework Convention for Tobacco Control”

YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah kes jenayah telah dibuang (acquitted) di Mahkamah atas sebab kehilangan bahan bukti dalam jagaan polis dan apakah langkah-langkah yang telah diambil atau akan diambil oleh pihak polis untuk memastikan bahawa kes kehilangan bukti tidak akan berlaku lagi.

Jawapan:

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kes jenayah yagn telah dibuang (acquitted) disebabkan oleh kehilangan bahan bukti dalam jagaan pihak polis bagi tahun 2004 hungga bulan Januari hingga Mei tahun 2008 adalah sebanyak 19 kes. Di antara langkah-langkah yagn telah diambil oleh pihak polis bagi mengatasi masalah ini ialah emasang jeriji besi, kamera litar tertutup (CCTV), mengadakan kawalan secara syif dan pemeriksaan oleh pegawai kanan kanan pada sertiap hari.

——————————- o O o ——————————-

YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] meminta Menteri Kesihatan untuk menyatakan samada kerajaan berhasrat untuk melaksanakan secara sepenuhnya panduan-panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh “WHO’s Framework Convention for Tobacco Control” terutamanya dalam menghalang apa jua jenis iklan rokok, syarikat rokok yang mempromosikan rokok di tempat-tempat awam serta mempamerkan rokok-rokok “at point of sale” (seperti kedai mamak, kedai kopi dan lain). Jika tidak, sila nyatakan kenapa.

Jawapan:

Kerajaan sememangya berhasrat untuk melaksanakan sepenuhnya panduan-panduan dan syarat-syarat yagn telah ditetapkan oleh WHO’s Framework fdor Tobacco Control (WHO FCTC). Tideak ada pengecualian dalam melaksanakan peruntukkan-peruntukan dalam WHO FCTC. Walau bagaimanapun, Malaysia mempunyai tempoh sehingga Disember 2010 untuk memenuhi semua keperluan Artikel 13, WHO FCTC berhubung penajaan, promosi dan pengiklanan tembakau.

Komprehgensif aspek penajaan, promosi danpengiklanan hasilk tembakau, Peraturan 4, PPKHT 2004, jelas melarang seberang sebarang pengiklanan hasil tembakau itu sendiri. Manakala bagi aspek tajaan dan promosi hasil tembakau, Peraturan 5, PPKHT 2004 telah melarang perkara tersebut dan Kerajaan mat tegas dalam perkara ini dengan tidak membenarkan penajaan atau promosi hasil tembakau melalui apa-apa bentuk jua termasuk Grand Prix Formula 1 atau acara bola sepak dan sebagainya.

Demi memperkukuhkan dan memperkermaskan lagi kawalan terhadap hasil tembakau, Kementerian Kesihatan sedang dalam process untuk membentang Rang Undang-undang Akta Kawalan Hasil Tembakau bagi memenuhi komitmen negara dan segala keperluan yang termatub dalam WHO FCTC. Draf Rang Undang-undang inin sedang dalam semakan akhir oleh penasihat undang-undang Kementerian Kesihatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk ulasan. Pihak Kementerian mensasarkan RUU ini dapat diwqartakan menjelang tahun 2010.

Selain daripada itu, pindaan kepada PPKHT 2004 yang dijangka dikuatkuasakan dalam tempoh terdekat sedang dilakukan untuk memenuhi keperlujan Artikel 11, WHO FCTC berhubung Pembungkusan dan Pelabelan Hasil Tembakau. Melalui pindaan tersebut, semua pengilang dan pengimpot rokok dikehendaki untuk memaoarkan amaran kesihatan bergambar pada bungkusan rokok serta larangan penggunaan perkataan-perkataan descriptor seperti low tar, light, ultra light atau mild pada label rokok menjelang akhir tahun 2008.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: