Questions Time, 17 July 2008

July 17, 2008

The Prime Minister’s answer to my question regarding the annulment of “4 Proclamations of Emergency”

YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] meminta Perdana Menteri menyatakan samada “4 Proclaimations of Emergency” (yang diisytiharkan pada tahun 1964 akibat daripada konfrontasi dengan Indonesia, tahun 1966 di Sarawak berikutan “Constitutional stand off”, 1969 selepas rusuhan 13 Mei dan 1977 berikutan dengan krisis politik di Kelantan) yang masih berkuatkuasa, akan dimansuhkan kerana negara sudah berada dalam keadaan yang aman. Jika tidak, nyatakan kenapa tidak.

Jawapan:

Tuan Yang DI-Pertua,

Pelembagaan Persekutuan, Bahagian XI: Kuasa Khas Menetang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang dan Perbuatan dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat, Perkara 149 Peruntukan Menentang perbuatan subversive, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, Perkara 150 Proklamasi Darurat dan Perkara 151 Sekatan ke atas tahanan pencegahan telah memperuntukkan kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sekiranya satu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam. Fasal (1) memperuntukkan proklamasi darurtat boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam.

Fasal (8) (a) pula memperuntukkan hal puas hati Yang Di-Pertuan Agong adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atau apa-apa alasan.

Pada kakitnya, peruntukan kuasa-kuasa khas ini telah memainkan peranan penting dalam memastikan survival Negara daripada ancaman keselamatan dari dalam dan luar Negara. Daripada tahun 1948 sehingga 1960, darurat telah diisythiharkan untuk menangi ancaman subversive dan insurgensi komunis. Pada September 1964, darurat kedua telah diisythiharkan untuk menangi ancaman Konfrontasi Indonesia yang berakhir pada tahun 1965. Pada Mei 1969, darurat sekali lagi telah disisytiharkan di seluruh Negara untuk memelihara keselamatan Negara selepas tercetusnya prestiwa 13 Mei 1969. Perintah darurat juga pernah diisytiharkan secara terhad untuk emnangi krisis politik danselamatkan di negeri-negeri tertentu iaitu di Negeri Sarwak pada tahun 1966 dan Kelantan pada tahun 1977.

Di sebalik keamanan negara yang Berjaya dipulikan, ancaman komunis hanya berakhir secara keseluruhannya melalui Perjanjian Haadyai pada pada tahun 1989. Keadaan politik dan social berbilang kaum di Malaysia yang sentiasa terdedah kepada ancaman persengketaan kaum masih memerlukan mekanisme berterusan untuk mencegah insiden yang sama daripada berulang. Perisytiharan darurat mengikut Artikel 150 memberikan beberapa kuasa penting kepada Yang DiPertuan Agong untuk mewartakan Ordinan berbentuk pencegahan bertujuan untuk memelihara ketenteraman awam dan mencegah jenayah seperti Ordinan 5, 1969.

Selain ancaman terhadap perpaduan kaum, Malaysia juga terdedah kepada kepada pelbagai bentuk ancasmasn luar yang dicorakkan oleh perubahab geopolitk dunia. Kemunculan beberapa kumpulan pelampau agama dan militant seperti Jemaah Islamiah (JI). Al-Maunah dan KMM bukan sahaja membahayakan keselamatan danketenteraman awam malah mendedahkan Negara terhadap campurtangan kuasa-kuasa besar atas alas an peperangan terhadap keganasan.

Faktor ancaman dalam negeri yang masih berterusan selain kemunculan ancaman-ancaman baru selari dengan perkembangan global membuktikan kepentingan supaya mekanisme kuasa-kuasa khas Yang DiPertuan Agong dan undang-undang pencegahan berkaitan dekekalkan sebagai elemen penting bertujuab memelihara keutuhan dan keselmatan negara.

Berdasarkan Perkara 150 Fasal (8) (a), sebarangan tindakan mencabar/mempersoalkan kuasa Yang DiPertuan Agong adalah dianggap sebagai menyelahi perlembagaan negara dan tidak menghormati Yang DiPertuan Agong kerana mempersoalkan kuasa yang telah diperuntukan kepada baginda.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: