Questions Time, 26 June 2008

June 26, 2008

Minister of Federal Territory’s reply to my question on road-widening project of Jalan Genting Kelang.


Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ]
minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kos keseluruhan untuk projek membesarkan jalan “JALAN GENTING KELANG DARI PERSIMPANGAN JALAN AIR PANAS KE PERSIMPANGAN JALAN 1/27A” di Wangsa Maju dan kenapakah Kementerian tidak mengadakan “Tender Terbuka” sebelum memberikan projek tersebut kepada Mentari Contracting (M) Sdn Bhd.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat bagi Wangsa Maju kos keseluruhan bagi projek “Jalan Genting Kelang Dari Persimpangan Jalan Air Panas Ke Persimpangan Jalan 1/27A” di Wangasa Maju adalah RM40 juta termasuk kos pengambilan tanah berjumlah RM20 juta. Jumlah peruntukan yang disediakan untuk perbelanjaan bagi tahun 2008 adalah sebanyak RM25 juta.

Pelawaan tawaran projek ini telah dibuat secara tender terbuka kepada kontraktor-kontraktor Kelas A melalui iklan-iklan yang disiarkan pada 10 April 2007 di dalam akbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan laman web DBKL.

Penilaian tawaran telah dibuat diperingkat DBKL dan Lembaga Perolehan ‘A’ Kementerian Persekutuan bagi memilih kontraktor berdasarkan aspek-aspek kesempurnaan tender, tender dan kewangan dan juga komersial.

Tetuan Mentari Contracting (M) Sdn Bhd telah menepati aspek-aspek yang ditetapkan dan telah ditawarkan kontrak dengan nilai kontrack RM18,966,428-00 serta tempoh siap projek selama 74 minggu. Kerja pembinaan projek telah bermula pada 18 Disember 2007 dan dijanka siap pada 18 Mac 2009. Kerja pembinaan adalah mengikut jadual dengan mengambil kira permasalahan pengambilan tanah dan juga pengalihan utiliti di tapak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: