Questions Time, 25 June 2008

June 25, 2008

Minister of Home Affairs’ reply to my question on Singaporeans entering Malaysia and working here under Social Visit Pass.


Soalan No. 20: PR-1212-L13825

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang bakal diambil terhadap warga Singapura yang sudah bertahun-tahun memasuki Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial bulanan dan dalam masa yang sama mereka bekerja atau membuka perniagaan di sini dan kekal tinggal di Malaysia dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap penyalah gunaan Pas Lawatan Sosial oleh warga Singapura tersebut.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat dari Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistic kemasukan warganegara asing ke Malaysia bagi tempoh 01 Januari 2008 hingga 30 April 2008 seramai 6,617,881 orang telah memasuki Malaysia melalui pintu-pintu masuk yang telah diwaratakan. Daripada jumlah tersebut, jumlah kemasukan warganegara asing daripada Singapura adalah seramai 3,553,595 orang yang menyumbang kepada 53% daripada jumlah kemasukan. Mereka ini masuk ke Malaysia secara teratur dan mepunyai dokumen perjalanan dan pas yang sah berkaitan bagi mahupun berkerja di Malaysia.

Oleh yang demikian, seseorang warga asing yang memasuki Malaysia haruslah mematuhi syarta-syarat yang ditetapkan dalam Akta Pasport 1966 atau Akta Imigresen 1959/63 serta peraturan-peraturan imigresen yang berkaitan. Dalam hubungan ini, bagi membendung tindakan warga Singapura yang memasuki Malaysia dengan menggunakan Pas Lawatan Sosial untuk berkerja atau membuka perniagaan di Malaysia, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah seperikut berikut:-

i) Mengadakan operasi penguatkuasaan bersama antara JIM, RELA dan PDRM secara berterusan untuk mengesan, menagkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melangar syarta-syarat dan peraturan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 1962;

ii) Pemeriksaan rawak terhadap setiap warga asing yang memasuki Malaysia bagi memastikan bahawa mereka mempunyai duit yagn mencukupi untuk tempoh berada di Negara ini;

iii) Memperkenalkan sistem biometric bagi memastikan cap cari semua perkerja asing diambil sebelum mereka dibenarkan masuk untuk berkerja di Malaysia;

iv) Mengadakan taklimat/dialog dengan masyarakat dan persatuan majikan bagi menjelaskan tenatang undang-undang Imigresen yang harus dipatuhi;

v) Mengeluarkan ‘i-card’ untuk semua pelajar dan pekerja asing supaya pihak penguatkuasa mudah mengenal pasti pelajar dan pekerja asing tulen; dan

vi) Memperkenalkan Malaysia Enforcement Immigration System (MEIS) bagi memudahkan tugas-tugas penguatkuasaan melalui pengesahan dokumen perjalanan warga asing adalah tulen berdasarkan semakin dengan pusat pangkalan data JIM. Mekanisme ini juga diyakini akan mampu membantu pihak penguatkuasa melakukan operasi di lokasi-lokasi tempat mereka berkerja seperti di tapak pembinaan dan kilang.

Tuan Yang Di-Pertua,

Bagi tempoh 1 Januari 2008 hingga 30 April 2008 sebanyak 2,050 buah operasi penguatkuasaaan dan Berjaya menangkap seramai 20,098 orang PATI kerana melakukan berbagai kesalahan imigresen. Daripada, jumlah tangkapan tersebut, seramai 5 orang warga Singapura ditangkap kerana melakukan kesalahan tinggal melebihi masa (tempoh) yang dibenarkan (Kesalahan di bawah seksyen 15 (1) ( c ) Akta Imigresen 1959/63 dan menyalahgunakan Pas Lawatan/Permit Kerja yang dikeluarkan (Kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: