Questions Time, 30 April 2008*
May 27, 2008
*answer received on 27 May 2008
Soalan No. 274
YB TUAN WEE CHOO KEONG (Wangsa Maju) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kenapakah selepas Kerajaan menjadi Negara yang menandatangani Convention on The Rights of The Child pada tahun lepas, kanak-kanak pelarian dan orang-orang yagn mencari perlindungan (asylum seekers) dan kanak-kanak yang stateless masih dinafikan hak asasi kemanusiaan mereka terhadap hak pendidikan dan keishatan di Malaysia.
Jawapan:
Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak atau Convention on The Rights of The Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak ini menekankan kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak melalui empat topic utama iaitu kelangsungan hidup (survival), perkembangan (development), perlindungan (protection) dan pernyertan (participation) kanak-kanak. Laporan Negara yang Pertama telahpun dikemukakan kepada Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Jawantankuasa CRC) dan pembentangan telah diadakan pada 25 Januari, 2007.
Kerajaan Malaysia tidak menafikan hak kanak-kanak di Negara ini terhadap had pendidikan dan kesihatan tanpa mengira status kewarganegaraan, bangsa, agama dan status-status lain. Mereka berhak untuk mendapatkan hak kepada pendidikan dan juga kesihatkan. Kanak-kanak akan dipastikan mendapat perlindungan dari segi makanan, minimuman, pakaian serta tempat berteduh/te,mpat tinggal.
Dari segi perubatan, polisi Kementerian Kesihatan adalah untuk memberi rawatan kepada semua kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan promotif mahupun preventif tnapa mengira kewarganegaraan ataupun kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen yang sah bagi memastikan tahap kesihatan penduduk sentiasa terpelihara. Rawatan pesakit luar dan rawatan penyakit tertentu turut disediakan kepada semua tanpa mengira kewarganegaraan, umur, bangsa, agama dan status-status lain.
Dalam kontek pendidekan, kanak-kanak ini boleh memasuki sekolah bantuan Kerajaan bergantung kepada kekosongan yang ada di sekolah tersebut. Sekiranya tiada kekosongan yang ada di sekolah tersebut, kanak-kanak ini boleh juga mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah swasta yang terdapat dalam system pendidikan di seluruh Negara.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyalurkan RM250,000 kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak di Rumah Perlindungan Ehsan di Pusat Tahan Sementara Menggatal, Sabah. Peruntukan tersebut termasuklah bagi menyediakan peralatan tempat tinggal, membeli makanan tambahan dan bekalan susu serta kemudahan untuk aktiviti yang menyokong perkembangan kanak-kanak seperti bahan pelajaran dan alat permainan.
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah melantik guru-guru bagi memberi pendidikan kepada kanak-kanak jalanan yang berada di Rumah Perlindungan Ehsan. PErkhidmatan guru-guru ini turut dipanjangkan kepada blok yang menempakan wanita dengan anak-anak kecil mereka supaya masa lapang kanak-kanak berkenaan dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah.
Kerajaan juga telah mengambil inisiatif memberi pendidikan asa kepada kanak-kanak bukan warganegara Malaysia melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terdapat 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sbah yang telah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak warganegra asing termasuk kanak-kanak jalanan. NGO tersebut ialah HUMANA, ALL SAINTS ACADEMY (CHURCH) dan Korea Food for the Hungry International (yang tleah menubuhkan pusat pendidikan yang dikenali dengan nama Numbak Centre).
Questions Time, 20 May 2008
May 20, 2008
During the Answering Session by Minister of Transport …
MINISTER OF TRANSPORT HAS CONFIRMED IN PARLIAMENT THAT AIRASIA OWED MALAYSIA AIRPORT HOLDING BHD (MAB) RM110 MILLION FROM 2002 UNTIL 31-03-2008 !!!
During the Minister of Transport answering before Parliament: Wee Choo Keong [Wangsa Maju] informed Parliament that on 13 May 2008 it was untrue when the Minister of Transport said this: “With regards to the debt owed by AirAsia to Malaysia Airport Holding Bhd (MAB) the amount was RM5,443,746 and it was in the process of making payment.” Wee Choo Keong further added that the Minister of Transport was also misleading this August House when he (the Minister) said that AirAsia owed MAB the sum of about RM5.4 million and it was in the process of paying.
Wee Choo Keong [Wangsa Maju] challenged the Minister of Transport and stated that AirAsia actually owed MAB more than RM80 million, Petronas for fuel RM20 million and the Government for RM35 million for the repairs of 7 aeroplanes, which MAS took over from AirAsia when AirAsia gave up Rural Air Services (RAS). What actions will the Minister of Transport take pertaining to the said debts?
The Minister of Transport replied that MP for Wangsa Maju got the figures wrong. The Minister of Transport has confirmed in Parliament this evening that from 2002 until 31 March 2008 AirAsia owed about RM110 million to MAB for all services at all airports. The Minister went further to state that AirAsia is disputing its debt of RM110 million to MAB and this matter has been sent to the Ministry of Finance to resolve.
Wangsa Maju MP also informed Parliament that low cost carriers namely Skywest and Aloha in USA have collapsed. Low cost carrier in Hong Kong has also collapsed recently and there are four low cost carriers in India which are in trouble now.
Wangsa Maju MP also informed Parliament that AirAisia also involved in fuel hedging at about US$82 per barrel. Now oil prices per barrel has gone up more than US$120.
In the light of the above, Wangsa Maju MP asked the Minister of Finance to give an undertaking that the Government will not bail out or give any more subsidy to AirAsia if it is facing financial problems. But the Minister of Transport did not provide an answer to this undertaking.
Note:
1. How could MAB allow AirAsia to chalk up to RM110 million debt for MAB services from 2002 to 31 March 2008?
2. Since this is a private debt of RM110 million owed by AirAsia to MAB, why must this debt be referred to the Ministry of Finance?
Soalan No. 30: (PR-1211-L12173)
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan alasan mengapakah Bank Negara membenarkan Maybank untuk membeli “controlling stake” di Bank Internasional Indonesia pada kadar 4.6 kali daripada nilai buku (book values) daripada sebuah syarikat berkaitan dengan Temasek Holding dari Singapura dan apakah peraturanperaturan yang melindungi transaksi yang melibatkan GLC.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] to ask the Minister of Finance to state on what basis Bank Negara allowed Maybank to buy a controlling stake in Bank Internasional Indonesia at 4.6 times of its book values from a company connected to Temasek Holding of Singapore and what are the rules covering such transaction involving GLC.
Jawapan:
Tuan Yang DiPertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak terlibat dalam proses penentuan harga pembelian ekuiti institusi-institusi keangan. BNM hanya membuat penilaian sama ada insittusi kewangan tempatan tersebut mempunyai dana modal dan kapstio bagi membuat pembelian tersebut serta impak pembelian terhadap kedudukan kewangan institusi kewangan tersebut. Secara umumnya, harga pembelian ekuiti oleh insitusi kewangan bergantung kepada beberapa factor seperti berikut:
i. nilai francais yang ditentukan oleh factor-faktor seperti pelangan, raqngkaian cawangan dan kepakaran kakitangan bank tersebut;
ii. kekuatan bank berdasarkan saiz dan keuntungan bank;
iii. jumlah ekuiti yang dibeli di mana jumlah ekuiti yang lebih besar mungkin akan memerlukan premium yang lebih tinggi, terutamanya bagi ekuiti yang memberi kawalan; dan
iv. tahap persaqingan daripada pembida yang lain.
Sehubungan dengan itu, dalam transaksi antara Maybank dan Bank Internasional Indonesia (BII), BNM tidak terlibat dalam menentukan harga pembelian ekuiti tersebut. BNM hanya menyokong rancangan pengembangkan institusi kewangan tempatan jika pembelian tersebut menghasilkan peluang baru kepada institusi terbabit dari segi aliran pendatan, pernaiagaan dan pengembangan operasi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga pembelian ekuiti BII ditentukan oleh Maybank berdasarkan persetujuan oleh pemengang-pemengang sahamnya yang turut mengambil kira pulangan dan risiko bagi pembelian tersebut. Sungguh pun terdapat saingan yang begitu hebat dari bank Negara-negara maju seperti Hongkong Bank, Bank of China dan South Korea Kookmin Bank, Maybank telah Berjaya membeli BII.
Maybank telah menandatangani perjanjian pada Mac 2008 untuk mengambil alih 55.7 % BII dengan kos sebanyak USD1.5 bilion (RM4.8 bilion). Maybank perlu membuat tawaran bagi baki 44.3% menjadikan keseluruhan kos pengambilalihan BII berjumlah RM8.6 bilion.
Tuan Yang DiPertua,
Walaupun hasrga pembelian ini dilihat sebagai sebuah Negara, kita harus mengalakkan Maybank mengambil satu tindakan dalam konteks jangka panjang. Pembelian ekuiti BII oleh Maybank adalah satu langkah penting ke arah menjadikan Maybank sebuah bank serantau yang terkemuka, sebuah bank yang kukuh dan berdaya saing. Selaimn memperluaskan Sidstem Perbankan Konvensional, Maybank juga berpeluang memperlukan perniagaan kewangan Islam ke Negara Indonesia memandangkan Negara tersebut mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang terbesar di dunia.
Kerajaan yakin bahawa pengurusan Maybank dan juga Lembaga Pengarah Maybank melakukan pembelian ini bukan saja untuk kebaikan Maybank tetapi juga untuk kebaikan Negara. Pada masa ini trend globalisasi yang pesat adalah salah satu factor penting yang kita harus hadapi. Adalah penting dalam scenario ini untuk bank-bank di Malaysia berkembang menjadi bank serantau atau regional bank. Kita perlu memandang jauh dan menandingi Negara-negara lain yang telah membangun bank serantau masing-masing. Kita juga seharusnya mengambil langkah untuk membangun bank serantau supaya dalam jangka masa panjang kita tidak ketinggalan dan dapat mencapai matlamat menjadi hab kewangan di rantau ini dan hab kewangan perbankan Islam di dunia memandangkan kita mempunyai kelebihan dlam bidang kewangan Islam.
Kerajaan menyokong langkah yang diambil oleh institusi perbankan Malaysia untuk mengukuhkan kehadiran komersial dirantau ini untuk meraih peluang yang muncul hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang mapan di rantau ASEAN. Kerajaan akan terus menyokong bank-bank Malaysia melabur dalam bank-bank serantau dan berkeyakinan bahawa bank-bank kita mempunyai keupayaan untuk menjadi regional champion.
Note:
Below is part of Answer in paragraph 3 above.
“Sungguh pun terdapat saingan yang begitu hebat dari bank Negara-negara maju seperti Hongkong Bank, Bank of China dan South Korea Kookmin Bank, Maybank telah Berjaya membeli BII.”
From my information, this was not the case. These foreign banks pulled out their bids because the price (4.6 times above book value) offered by Maybank was far too high.
Questions Time, 14 May 2008
May 14, 2008
Soalan No. 48:
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Pengangkutan menyatkan kenapa Kerajaan enggan untuk melaksanakan dasar pernebangan secara liberal (Open Skies) dan membenarkan MAS beroperasi secara tambang murah untuk perkhidmatan rakyat Malaysia dan kenapa perlu membenarkan syarikat swasta AirAsia untuk memonopoli pewrkhjidmatan tersebut.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] to ask the Minister of Tansport to state why the government refused to have a liberalised national aviation policy of “Open Skies” and allow MAS to also operate a low cost service to serve Malaysians and why was there a need to allow a private company like AirAsia to monopolise such services.
Jawapan:
Dakwaan Yang Berhormat bahawa Malaysia enggan untuk melaksanakan dasar penerbangan secara ‘Open Sky” adalah idak tepat. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysian sememangnya menawarkan perjajian berbentuk ‘Open Skies’ kepada semua Negara-negara asinbg. Walau bagaimapun, peneroimaannya adalah tertakluk kepada kesediaan Negara-negara tersebut. Setakat ini, kita telah mengadakan perjanjian berbentuk ‘Open Skies’ dengan berberapa buah Negara seperti Amerika Syarikat, Emirah Arab Bersatu, Negara-negara Scandinavia, New Zealand, Yemen, Austria dan Taiwan. Perjanjian berbentuk ‘Open Skies’ ini membenarkan syarikat pernerbangan kedua-dua buah Negara mengadakan perkhidmatan tanpa had kepasti, frekuensi dan jenis pesawar yang ingin digunakan.
Berhubung dengan perkhidmatan udara yang disediakan oleh syarikat-syarikat penerbangan tempatan, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah melaksanakan rationalisasi perkhidmatan udara domestic pada tahun 2006. Berdasarkan rasionnalisasi perkhidmatan udara ini, MAS telah ditetapkan untuk menjalan operasi domestic secara penerbangan perkhidmatan penuh (full service carrier – FSC) manakala AirAsia menyediuakan perkhidmatan domestick secara tambang murah (low cost carrier – LCC).
Selaras dengan keputusan tersebut, kedua-dua syarikat telah meneyediakan perkhidmatan berdasarkan model perniagaan masing-masing, dengan mensasarkan kepada pasaran penumpang yang berbeza. Walau bagaimanapun, wujud persaingan yang sihat di natara kedua-dua buah syarikat. Ini dapart dilihat dari segi promosi kedua-dua buah syarikat penerbangan untuk menarik penumpang-penumpang berasaskan kadar tambang dan perkhidmatan yang ditawarkan dari masa ke semasa.
Untuk makluman YB juga, pada ketika ini MAS tiada cadangan untuk mengedalikan perkhidmatannya secara LCC. Di samping itu, Kerajaan juga tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana syarikat lain untuk mengadakan perkhidmatan LCC.
Namun, sekiranya terdapat permohonan daripada mana-mana pihak untuk menjalankan operasi penerbangan secara tambang murah, Kerajaan perlu mengambil kira pelbagaoi factor seperti saiz pasaran, viability operasi dan beberapa factor yang lain di dalam mempertimbangkan permohonan ini. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya persaingan yang tidak sihat di antara syarikat-syarikat penerbangan tempatan yang mana akhirnya akan merugikan semua pihak termasuk penguna.
Note:
It is very obvious that the Government is doing everything it can to protect AirAisa from competition. For example, in Singapore, Singapore Airline was allowed to have a low cost carrier. Why in Malaysia, MAS was not allowed to have a low cost carrier to provide air service to the people?
Why must the government be so protective of AirAsia? Competition is always healthy and the public will benefit from competition. Look at the telecommunication industry (mobile phone), the service providers had to provide all kinds of products and services to please the consumers and there were no problems. The public benefited from such competition.
The Government should immediately stop interfering in the aviation industry and stop carrying on protecting AirAsia. We should have an Open Skies policy.
Questions Time, 13 May 2008
May 13, 2008
SOALAN/QUESTION NO. 60
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Pengakutan menyatakan selepas MAS mengambil alih perkhidmatan udara di kawasan pendalaman Sabah and Sarawak, adakah AirAsia telah membayar balik subsiedi sebanyak 60 juta RInggit kepada Kerajaan dan adakah AirAisa telah membayar semua hutnagnya kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] to ask the Minsiter of Transport to state after MAS took over the rural air services for Sabah/Sarawak, whether AirAisa paid back the subsidy of about RM60 million to the government and whether AirAisa has paid up all its debts to Malaysia Airport Holdongs Bhd.
JAWAPAN OLEH MENTERI/ANSWER BY MINISTER
Tuan Yang DiPertua,
Rasionalisasi perkhidmatan udara domestik yang telah dilaksanakan oleh Kerajaaan Mac 2006 memperlihatkan perkhidmatan Udara Luar Bandar (Rural Air Services – RAS) ini deiserahkan kepada syarikat AirAisa Berhad, yang kemudiannya melantik syarikat Fly Asian Xpress (FAX) untuk mengalikan perkhidmatan ini mulai 1 Ogos 2006.
Memandangkan perkhidmatan ini adalah merupakan laluan obligasi social (social obligation route) di kwasan Sabah dan Sarawak dan perkhidmatan yang tidak ekonomik, maka Kerajaan akan menanggung sepenuhnya operasi RAS ini melalui subsidi Kerajaan. Oleh yang demikian, mana-mana operator/pengendali operasi RAS ini akan disubsidi penuh oleh Kerajaan dan subsidi tersebut tidak perlu dibayar balik.
Berhubung hutang AirAsia kepada Malaysia Airport Holdings Berhad, adalah dimnaklimkan bahawa pihak AirAisa masih mempunyai hutang sebanyak RM5,443,746.00 dan ia adalah dalam proses pembayaran.
Note:
The above answers are most unsatisfactory because:
1. AirAisa fought very hard to get the RAS from MAS. If it is uneconomical why AirAsia fought so hard to get RAS from MAS!
2. Prior to operating the RAS under AirAisa subsidiary (FAX) the government immedately paid more than RM60 million to AirAisa.
3. After AirAsia operating the RAS under FAX, there were too many complaints from Sabah and Sarawak state government because of unsatisfactory services.
4. In October 2007 AirAisa (FAX), after 1 year and 2 months, and was unable to perform any longer and Ministry of Transport had to come in and ask (order) MAS to take back the RAS from AirAsia i.e. to rescue AirAsia.
5. Prior to taking over the RAS from AirAsia, MAS did an audit. Out of the 8 aircrafts one of them has been cannibalized and the other 7 were un-airworthy. It cost the government about RM35 million to rebuild the aircrafts in question. The BN government paid RM35 million to MAS for the rebuilding of the said aircrafts.
6. The Minister of Transport has not revealed how much were the total direct and indirect subsidies the Government has given to AirAisa.
7. I believe that the amount owed by AirAsia to Malaysia Airport Holdings Bhd (MAB) is more than RM5,443,746.00.
8. I also believe that AirAisa also owed MAS and Petronas many millions of Rinngit for fuel cost.
9. The question is why the Government did not instruct MAB, MAS and Petronas to demand for repayment of all the debts owed by AirAsia to the said government agency and GLC.
10. There is no need for the government to build another airport just for the use of low cost carriers in particular AirAsia. Even as it were there were not many flights arriving at and departing from LCCT. The government should not use taxpayers money to help out a private company.
11. Question should be asked who is the agent for Airbus company in Malaysia. Sources has it that the agency for Airbus company in Malaysia is connected to the son of an UMNO high ranking politician.
12. In United States, 2 low cost carriers (Sky West and Aloha) have collapsed. In Hong Kong, Oasis has collapsed recently. In India, several low cost carriers are in financial trouble. I hope that in the event that any airline is in trouble, the BN government must not involve in any bail out exercise.
13. During the 12th General Elections AirAsia chief executive officer, Datuk Tony Fernandes, took part in political campaign for BN’s Ministers. He was seen taking part in making speeches during the general election campaigns.
Questions Time, 06 May 2008
May 6, 2008
Soalan No. 33: (PR-1211-L12136)
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah beliau berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kepada penemuan (findings) “Independent Inquiry Committee Into The United Nation Oil-For-Food Programme” di mana membabitkan syarikat Tradeyear Sdn Bhd dan Mastek Sdn Bhd, syarikat yang berkait rapat dengan YAB Perdana Menteri. Sekiranya tidak, sila berikan alasan.
Jawapan Kepada Soalan No. 33
Tuan Yang Dipertua,
Secara ringaksnya, “The United Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) telah dimulakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1`995, yang bertujuan untuk membolehkan kerajaan Iraq menjual hasil minyaknya di pasaran antarabangsa bagi mebeli keperluan asas rkayat sepertai makanan dan perubatan. Rakyat Iraq pada masa itu berada di dalam keadaan amat tertekan disebabkan oleh sekatan ekonomi (atau “economic sanctions” dengan izin) yang bertujuan untuk melemahkan rejim ketenteraan Saddam Hussein selepas berlakunya Perang Teluk Pertama Di bawah “Oil-for-Food Programme” (dengan izin), kerajaan Iraq tidak dibenarkan membeli peralatan senjata sama sekali dari hasil penjualan minyaknya.
Namun, PBB mengakui bahawa terdapat beberapa kelemahan pada pelaksanaan “Oil-for-Food Programme” (dengan izin) ini. Justeru, pada bulan April 2004 sebuat Jawantankuasa Penyiasat Bebas, iaitu “Independent Inquiry Committee into the United Nation Oil-for-Food Programme” (dengan izin) telah ditubuhkan, yang ketuai oleh Paul Volcker, Mark Pieth dan Richard Goldstone. Pada bulan yang sama, Majlis Keselamatan PBB memutuskan agar 191 negara anggota berkerjasama dengan Jawatankuasa tersebut untuk menyiasat sebarang kelemahan atau salah laku pelaksanaan “Oil-for-Food Programme” (dengan zin) ini.
Laporan penuh “Independent Inquiry Committee into the United Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) setebal 623 muka surat telah disiapkan pada 27 Oktober 2005.
Sebalik kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju, pembabitan syarikat Trtadeyear Sdn Bhd dam Mastek Sdn Bhd memang dinyatakan di dalam kandungan laporan tersebut. Namun, kenyataan bahawa syarikat-syarikat tersebut berkait rapat dengan YAB Dato’ Ser Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah tidak tepat sama sekali.
Ini telah dijelaskan di dalam perenggan 3 muka surate 161 laporan penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas yang menyatakan bahawa pembabitaan Faek Ahmad Shareef, salah seorang pemilik syarikat Mastek, adalah berdasarkan persepi anggota kerajaan Iraq k eats beliau, yang dilihat sebagai individu yang mungkin boleh membantu mengatasi sekatan ekonomi dengan mengeratkan hubungan antara Negara Iraq dan Malaysia. Persepsi ini adalah disebabkan hubungan kekkeluargaan Faek Ahmad Shareef dengan YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melalui Noor Asiah Mahmood (iaitu, adik kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood), yang mana Faek Ahmad Shareef dan Noor Asiah Mahmood pernah berkahwin. Selain itu, Faek Ahmad Shareef juga dilihat oleh kerajaan Iraq sebagai berkebolehan untuk membawa lebih ramai delegasi perdagangan dari Malaysia ke Iraq.
Justeru, Nota 324 yang terkandung dalam mukasurat 161 dan 162 laporan penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas PBB menyatakan YAB Dasto’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menerima faedah atau ganjaran dalam apa jua bentuk dari uruniaga minyak yang di peruntukkan kepada Mastek. Nota 324 juga menjelaskan bahawa satu-satunya perhubungan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi dengan kerajaan Iraq pada ketika itu hanya merupakan surat bagi memperkenalkan delegasi perdagangan dari Malaysia kepada Taha Yassin Ramadan, Naib President Republik Iraq (pada ketika itu).
Dengan penjelasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyiasat Bebas PBB tersebut, tiada sebab untuk Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja bagi menyiasat penemuan “Independent Inquiry Committee Into the Unted Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) tersebut. Malah, pada 8 Disember 2006, Jawaqtankuasa telah memberi notis (melalui kenyataan media) bahawa ia akan menutup pejabat operasinya pada 31` Disember 2006, dan semua laporan Jawatankuasa juga menyatakan bahawa selepas 31 Disember 2006, sebarang permintaan atau pertanyaan dari mana-mana pihak berkuasa mengenai peniasatan yang telah dijalankan olehnya hendaklah dibuat melalui Ketua Setiausaha Bahagian Hal Hal-ehwal Undang-undang PBB di New York.
Questions Time, 05 May 2008
May 5, 2008
During the debate on the Royal Address
Wangsa Maju MP asked for clarification from MP for Batu Pahat: Whether he was aware that during the last General Elections 2004, where the PM won with a landslide victory, he vowed that he will adopt anti-corruption as his top agenda. He also said that an ex-Deputy Minister was charged for corruption for RM3.5 million and that there were another 18 big sharks and not ikan bilis. Wangsa Maju MP asked YB from Batu Pahat to clarify whether the 18 sharks are still swimming in this Parliament.
YB Batu Pahat agreed that the government should take action against “big sharks and not ikan bilis.”
- – - – - – o O o – - – - – -
Soalan :
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil atau yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menghalang kenaikan berterusan harga barang keperluan seperti petrol, beras, minyak masak, tepung, susu tepung dan lain-lain.
Jawapan :
Tuan Yang Dipertua,
Menangani isu kenaikan harga barang adalah merupakan agenda utama Kerajaan. Laqngkah yang rtelah diambil bagi emnangani isu ini adalah dengan melipatgandakan pemantauan dan permeriksaan secara berterusan diseluruh Negara ke atas pembekal, pengedar, pemborong serta peruncit. Dalam tempohmasa Januari 2008 hingga 20 April 2008 pulah, sejumlah 328,352 pemeriksaan telah dijalankan meliputi premis pengilang, pengimpot, pemborong, dedai runcit, pasaraya, pasasr malam, pasar awam, kedai makan, kedai pakaian, kedai perabut dan lain-lain. Hasil daripada pemeriksaan ini, sebanyak 550 telah dihasilkan di bawah pelbagai akta yang dikuatkuasakan dengan nilai rampasan kesuluruhan adalah sebanyak RM731,055.95.
Kerajaan juga terus melaksanakan kawalan harga sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Hasrga 1946 keatas gular pasir bertapis kasar dan halus. Kawalan harga secara pentadbiran ke atas 10 jenis barang kawalan iaitu petrol, diesel, gas petroleum cecair, tepung gandum, sus pekat manis, tori (standard white loaf), ayam, minyak masak, simen dan besi keluli lembut masih berkuatkuasa danharga kawalan masih mengikut harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Satu Pasukan Khas Menangani Kenaiki Harga juga digerakkan bagi mencatut dapat ditangani secara menyeluruh. Pasukan Petugaqs Khas ini dianggotai oleh agensi penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kastam DiRaja, Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan lain-lain yang akan menguatkuasakan undangh-undang mereka dengan objektif untuk mengambil tindakan bersepadu bagi menangani kenaikan harga barangan di pasaran.
Tuan Yang Dipertua,
Antara langkah baru yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membendung kenaikan harga dan inflasi ialah:
1. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Membendung Inflasi yang dipenguruskan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Mesyurat Jawatankuasa ini diadakan pada setiap minggu bagi membincang dan mengenalpasti langkah-langkah baru untuk menangani kenaikan harga barangan. MNesyuarat pertama Jawatankuasa ini telah dibentangkan Dasar Jaminan Makanan Negara. Melalui dasar ini beberapa cadangan telah dikemukan, antaranya ialah menambah kawasan penanaman padi, pengwujudan stok penimbal dan program Buku Hijau. Sebanyak RM4 billion juga telah diperuntukkan di bawah dasar ini untuk menjamin bekalan makanan mencukupi dan pada harga yang berpatutan.
2. Program sunsidi untuk barang-barang perlu serta penstabilan harga runcit bagi barang-barang ini terus dilaksanakan dan meliputi barangan seperti beras, minyak masak, tepung, besi dan sime. Selain itu, system pengedaran barangan sedia ada akan dipertingkatr dan ditambah baik. Pada masa yang sama, Kerajaan akan mengkaji AKta Kawaln Harga 1946 dan Kawalan imput bagi beberapa barangan tertentu agar ianya tidak akan membebankan pengguna.
3. Peningkatan harga minyak mentah dunia menyebabkan Kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk subsidi ke atas diesel dan petrol. Oleh yang demikian, system pengurusan subsidi akan dipertingkatkan supaya ketirisan penyaluran diesel dan petro bersubsidi ini kepada golongan sasar dapat dibanteras.
4. Dalam menguruskan subsidi ini, tiga prinsip utama akan digunapakai iaitu:
a. Penyeraganam ke atas harga barang-barang perlu yang mendapat subsidi serta diselaras harga barangan kawalan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
b. Menentukan senarai barangan yagn perlu diberi subsidi oleh Kerajasan; dan
c. Mengenalpasti dan menetukan kumpulan sasaran yang akan menikmati subsidi daripada Kerajaan.
Questions Time, 30 April 2008
April 30, 2008
(NOTE: Excerpts of Question Time proceedings are listed in ascending order, first question asked appears at bottom.)
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan berapa banyak wang yang telah dibelanjakan oleh DBKL setakat ini untuk kos “piling dan foundation” bagi projek yerbengkalai Plaza Rakyat, hub pengangkutan KL dan berapa banyak lagi yang akan dibelanjakan untuk menyiapkannya dan apakah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas KL.
Jawapan/Answer :
Untuk Maklumkan Ahli Yang Berhormat, Projek Pembangunan Plaza Rakyat merupakan projek usaha sama di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pemaju iaitu Plaza Rakyat Sdn Bhd. (PRSB) yang ditandatangani pada 16 Disember 1992 di mana tanah merupakan milik DBKL dan PRSB menanggung segala kos pembangunan.
Di bawah projek usaha sama ini, pihak DBKL tidak mengeluarkan perbelanjaan lain selain daripada kos tanah dan kos untuk kerja-kerja pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju. Untuk makluman Yang Berhormat, kos yang telah dibelanjakan oleh pemaju bagi kerja-kerja piling dan foundation setakat ini dianggarkan sebanyak RM150 juta. Kos pembinaan keseluruhan bagi bagi menyipkan Projek Plaza Rakyat ini deianggharkan sebanyak RM1.2 billion.
TTuan Yang Dipertua,
Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju ialah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
Dalam hal ini, DBKL bukan sahaja berhasrat, malah berusaha supaya masalah kesesakkan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat diuruskan dengan lebih teratur. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandarraya Kuala Lumopur bersma-sama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan pengurusan lalu lintas, sedang mengambil pendekatan secara menyeluruh khusunya penekaan kepada kategori-kategori berikut:
a. Jaringan Jalan Raya dan Pengurusan Lalu Lintas;
b. Pengangkutan Awam;
c. Kemudahan Sokongan;
d. Intelligent Transportation System; dan
e. Institusi dan Organisasi.
DBKL juga sedang mempertingkatkan kesedaran orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah terbaik yang dapat membantu masalah kesesakan laulintas di Kuala Lumpur. Sasaran DBKL adalah sekurang-kurangnya 40% pengguna, menggunakan pengangkutan awam menjelang tahun 2020.
Soalan/Question :
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah Wang Ehsan Terengganu yang berjumlah lebih daripada RM1.2 billion telah dibelanjakan sejak penubuhannya sehingga 8 April 2008, siapa benefisiari dan juga memberikan laporan penuh mengenai hasil negara (revenues) yang diterima daripada penganjuran Monsoon Cup, Masjid Kristal dan Muzium Hadhari berbanding dengan jumlah kos keseluruhannya.
The Speaker rejected the above parliamentary question on the issue of Wang Ehsan in Trengganu.
After PM answered the first question from a BN MP from Muar, the answer seemed to make the BN government ’smell like a rose.’ When the Opposition stood up to ask supplementary questions, the Speaker disallowed them (questions). The opposition MPs protested. The Speaker insisted that his decision was final. Later, the speaker did an about turn and allowed supplementary questions after PM had intervened.
This shows that the Speaker is not independent and fair. He is a ‘flip-flop’ Speaker.
Parliamentary questions tabled by Wee Choo Keong, MP for Wangsa Maju, on 08 April 2008
April 8, 2008
(Terjemahan ada berikut di bawah – 中文翻译,请看下面。)
Oral Parliamentary Questions
05 May 2008
1. MP for Wangsa Maju requests the Prime Minister to state what are the steps that have been taken or to be taken by the government to prevent the continuous increase in prices of essential goods such as petrol, rice, cooking oil, flour, milk powder, and others.
06 May 2008
2. MP for Wangsa Maju requests the Prime Minister to state whether he intends to set up a Royal Commission to investigate into the findings of the Independent Inquiry Committee into the United Nation Oil-For-Food Programme where Tradeyear Sdn Bhd and Mastek Sdn Bhd were heavily implicated, which are connected to BADAWI, MR. ABDULLAH.
07 May 2008
3. MP for Wangsa Maju requests the Minister of Finance to state how Terengganu’s Wang Ehsan totaling over RM1.2 billion has been spent since its inception, up to April 8th 2008, who are the beneficiaries and to also give full details of the revenues received from Monsoon Cup, Crystal Mosque and Hadhari Museum as compared to their total cost?
08 May 2008
4. MP for Wangsa Maju requests the Minister of Home Affairs to state why was En BSA Tahir detained under Internal Security Act when he was not a threat to our national security but he was alleged to have been involved with a Malaysian company selling centrifuge to a country purportedly to be developing nuclear capability including weapon.
12 May 2008
5. MP for Wangsa Maju requests the Minister of Transport to state why was there a need for the Government to spend RM108 million to specially build a Low Cost Carrier Terminal (LCCT) for AirAsia, a private company, when the existing KLIA was under utilized until this day, why there was no Open Tender before awarding the building project to Fajarbaru Builder Group Bhd and why was there a necessity to build another LCCT.
13 May 2008
6. MP for Wangsa Maju requests the Minister of Transport to state after MAS took over the rural air services for Sabah/Sarawak whether AirAsia paid back the subsidy of about RM60 million to the Government and whether AirAsia has paid up all its debts owed to Malaysia Airport Holdings Bhd.
14 May 2008
7. MP for Wangsa Maju requests the Minister of Transport to state why the government refused to have a liberalised national aviation policy of “open sky” and allow MAS to also operate a low cost airline to serve Malaysians and why was there a need to allow a private company like AirAsia to monopolise such services.
15 May 2008
8. MP for Wangsa Maju requests the Prime Minister to state how many executive jet planes are directly or indirectly owned by the Government, cost per jet plane, cost per flying hour, and to also provide a list of people who have used each and every of the jet plane since 2004 until April 8th, 2008.
20 May 2008
9. MP for Wangsa Maju requests the Minister of Finance to state on what basis Bank Negara allowed Maybank to buy a controlling stake in Bank Internasional Indonesia at 4.6 times its book value from a company connected to Temasek Holding of Singapore and what are the rules covering such transaction involving GLC.
21 May 2008
10. MP for Wangsa Maju requests the Prime Minister to state whether his pledge to fight corruption involving high-ranking government servants has been successful when so far the ACA has charged only one ex-minister, Datuk Kasitah Adam, for the alleged corruption of only RM3.5 million, while the other 18 which have been involved in corruption have not been charged.
Parliamentary Questions For Written Reply
05 May 2008
1. MP for Wangsa Maju requests the Minister of Welfare, Women and Family Development to state why after the government became a signatory to the Convention for the Rights Of The Child last year, the children of refugees and asylum seekers, and stateless children, are still denied their basic human rights to education and health in Malaysia.
06 May 2008
2. MP for Wangsa Maju requests the Prime Minister to state how much had the DBKL spent so far for the cost of piling and foundation costs of the abandoned Plaza Rakyat project, the supposedly KL transportation hub for KL and how much more to be spent for its completion, and what DBKL intends to do to overcome the traffic congestion in KL.
07 May 2008
3. MP for Wangsa Maju requests the Prime Minister to state how to make KL a first class city when KL is facing social problems such as influx of foreign beggars, drug addicts, persons with mental problems and the homeless (kutu rayau).
08 May 2008
4. MP for Wangsa Maju requests the Prime Minister to state what happened to the abandoned project to prevent the over-flow of Sungai Gombak, what were the reasons for the project to be abandoned, total sum paid to the contractor, name of contractor and when will the project commence again.
12 May 2008
5. MP for Wangsa Maju requests the Prime Minster whether the Government intends to amend the Federal Capital Act to make the Datuk Bandar Kuala Lumpur to be elected by the residents of Kuala Lumpur. If not, please give reasons for not amending the said Act which is the aspiration of the KL residents.
WEE CHOO KEONG
Member of Parliament for Wangsa Maju
Soalan-soalan yang diusulkan untuk Parlimen oleh Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju, pada 08 April 2008
Soalan Lisan Yang Diusulkan Untuk Parlimen
05 Mei 2008
1. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju meminta Perdana Menteri untuk menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil atau yang akan diambil oleh kerajaan untuk menghalang kenaikan berterusan harga barang keperluan seperti petrol, beras, minyak masak, tepung, susu tepung dan lain-lain.
06 Mei 2008
2. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju meminta Perdana Menteri untuk menyatakan samada beliau berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat kepada penemuan Jawatankuasa Siasatan Bebas kepada United Nation Oil-For-Food Programme di mana membabitkan Tradeyear Sdn Bhd dan Mastek Sdn Bhd, syarikat yang berkaitrapat dengan Badawi, Mr. Abdullah.
07 Mei 2008
3. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju meminta Menteri Kewangan untuk menyatakan bagaimana Wang Ehsan Terengganu yang berjumlah RM1.2 bilion telah dibelanjakan sejak penubuhannya sehingga 8 April, 2008, siapa benefisiari dan juga memberikan keterangan penuh mengenai hasil negara (revenues) yang diterima daripada penganjuran Monsoon Cup, Masjid Kristal dan Museum Hadhari berbanding dengan jumlah kos keseluruhannya.
08 Mei 2008
4. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju meminta Menteri Dalam Negeri untuk menyatakan kenapa En BSA Tahir telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri bila dia bukanlah satu ancaman kepada keselamatan negara tetapi dia telah dituduh terlibat dengan sebuah syarikat Malaysia yang menjual “centrifuge” kepada negara yang bertujuan untuk pembangunan tenaga nuklear termasuk senjata.
12 Mei 2008
5. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju telah meminta Menteri Pengangkutan untuk menyatakan kenapa kerajaan perlu membelanjakan RM108 juta untuk membina LCCT untuk AirAsia, sebuah syarikat swasta, sedangkan KLIA masih digunakan sehingga kini, kenapa tiada Tender Terbuka diadakan sebelum menganugerahkan projek pembinaan kepada Fajarbaru Builder Group Bhd dan mengapa ada keperluan untuk membina LCCT yang lain.
13 Mei 2008
6. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju telah meminta Menteri Pengangkutan untuk meyatakan selepas MAS mengambilalih perkhidmatan udara di kawasan pendalaman Sabah/Serawak, adakah AirAsia telah membayar balik subsidi sebanyak RM60 juta kepada Kerajaan dan adakah AirAsia telah membayar semua hutangnya kepada Malaysia Airports Holdings Bhd.
14 Mei 2008
7. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju telah meminta Menteri Pengangkutan untuk menyatakan kenapa kerajaan enggan untuk melaksanakan dasar penerbangan secara liberal (Open Sky) dan membenarkan MAS beroperasi secara tambang murah untuk perkhidmatan rakyat Malaysia dan kenapa perlu membenarkan syarikat swasta seperti AirAsia untuk memonopoli perkhidmatan tersebut.
15 Mei 2008
8. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju telah meminta Perdana Menteri untuk menyatakan berapa banyak jet-jet eksekutif secara langsung atau tidak secara langsung yang dimiliki oleh kerajaan, kos untuk setiap jet tersebut, kos untuk setiap jam penerbangan yang dilakukan dan menyediakan senarai nama individu yang menggunakan setiap jet tersebut sejak 2004 sehingga 8 April, 2008.
20 Mei 2008
9. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju telah meminta Menteri Kewangan untuk menyatakan alasan mengapa Bank Negara membenarkan Maybank untuk membeli “controlling stake” di Bank Internasional Indonesia pada kadar 4.6 kali daripada nilai buku (book values) daripada sebuah syarikat berkaitan dengan Temasek Holding dari Singapura dan apakah peraturan-peraturan yang melindungi traksaksi yang melibatkan GLC.
21 Mei 2008
10. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju telah meminta Perdana Menteri untuk menyatakan samada ikrar beliau untuk melawan rasuah yang melibatkan golongan atasan kakitangan kerajaan telah berjaya apabila setakat ini BPR hanya mendakwa seorang bekas menteri, Datuk Kasitah Adam, atas tuduhan rasuah sebanyak RM3.5 juta sahaja manakala 18 orang lagi yang terlibat dengan rasuah masih belum didakwa.
Soalan Yang Diusulkan Untuk Parlimen Bagi Jawapan Bertulis
05 Mei 2008
1. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju telah meminta Menteri Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk menyatakan kenapa selepas kerajaan menjadi negara yang menandatangani Konvensyen Hak Kanak-Kanak pada tahun lepas, kanak-kanak pelarian dan mencari tempat perlindungan, dan kanak-kanak yang tiada taraf kewarganegaraan masih dinafikan hak asasi kemanusiaan mereka terhadap hak pendidikan dan kesihatan di Malaysia.
06 Mei 2008
2. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju meminta Perdana Menteri untuk menyatakan berapa banyak telah dibelanjakan oleh DBKL setakat ini untuk kos “piling” dan “foundation” bagi projek terbengkalai Plaza Rakyat, hub pengangkutan KL yang sepatutnya dan berapa banyak lagi yang akan dibelanjakan untuk menyiapkannya dan apakah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di KL.
07 Mei 2008
3. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju meminta Perdana Menteri menyatakan bagaimana untuk menjadikan KL sebagai bandaraya kelas pertama apabila KL berhadapan dengan masalah sosial seperti kebanjiran peminta sedekah rakyat pendatang asing, penagih dadah, individu yang menghadapi masalah mental dan kutu rayau (homeless people).
08 Mei 2008
4. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju meminta Perdana Menteri untuk menyatakan apa yang terjadi kepada projek terbengkalai untuk menghalang pengaliran berlebihan ke Sungai Gombak, apakah alasan yang menyebabkan projek tersebut terbengkalai, jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada kontraktor, nama kontraktor dan bila projek tersebut akan dimulakan semula.
12 Mei 2008
5. Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju meminta Perdana Menteri untuk menyatakan samada Kerajaan berhasrat untuk meminda “Federal Capital Act” untuk membolehkan Datuk Bandar dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Jika tidak, sila beri alasan kenapa tidak meminda Akta tersebut di mana ia adalah aspirasi penduduk Kuala Lumpur.
WEE CHOO KEONG
Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju
黃朱強﹐ 旺沙馬珠國會議員將會在國會發問的課題
05 May 2008
國會口頭問答環節
1.旺沙馬珠國會議員要求首相列明政府目前對抑制多項生活必需品的價格上揚的措施﹐ 例如汽油﹐米﹐食油﹐奶粉等等。
06 May 2008
2. 旺沙馬珠國會議員要求首相說明他是否會成立一個皇家調查團﹐以調查在在獨立質詢委員會所有得到的情報﹐關於聯合國石油換取糧食計劃下﹐TRADEYEAR SDN BHD 和MASTEK SDN BHD 獲得多項利益的事件﹐而且跟阿都拉巴達威先生有所關聯。
07 May 2008
3.旺沙馬珠國會議員要求財政部長說明登州的WANG EHSAN基金如何從推介以來到2008年四月八日為此﹐共花費了12億令吉來撥給收益人們﹐也同時把季後風杯﹐ 水晶回教堂﹐ 和現代回教博物館的確實收入和它們的建造費用作個詳細報告。
08 May 2008
4. 旺沙馬珠國會議員要求內政部長解釋為何BSA TAHIR 先生﹐即使他未曾對我國安全穩定造成威脅﹐就因為他涉及與一間馬來西亞公司合作販賣可用來協助製造核武器的離心機給某個國家﹐而在內安法令下被扣留﹖
12 May 2008
5. 旺沙馬珠國會議員要求交通部長解釋政府有何必要﹐ 在吉隆坡國際機場遠遠還沒到達不勝負荷的時候﹐ 特別斥資一億零八百萬令吉來建造低成本航空終站(LCCT)給亞航這麼一間私人航空公司。為何不是以公開招標來決定建築承包商﹐而是直接把工程合約給予 FAJARBARU BUILDER GROUP BHD。還有為何有必要建造LCCT﹖
13 May 2008
6. 旺沙馬珠國會議員要求交通部長解釋當馬航接手沙巴/砂拉越的偏僻地區航線後﹐亞航到底有否把約六千萬令吉的津貼還給政府﹐還有亞航究是否已將積欠馬來西亞機場公司的款項還清。
14 May 2008
7.旺沙馬珠國會議員要求交通部長解釋為何政府不肯實行開放領空政策﹐和准許馬航開設一個廉價航空部門來服務大眾﹐和為何讓亞航﹐一個私人公司壟斷這類服務。
15 May 2008
8.旺沙馬珠國會議員要求首相說明政府現在所有直接和間接擁有的私人噴射機數量﹐每架飛機的價格﹐每一飛行小時的成本﹐和列出從2004年至2008年四月八日所有使用者的名單。
20 May 2008
9. 旺沙馬珠國會議員要求財政部長解釋國家銀行是以何種理由來允許馬婆銀行以市價4.6倍的價格從一間與新加坡淡馬錫控股有淵源的公司收購印尼國際銀行 (BANK INTERNASIONAL INDONESIA) 的控制股權﹐和有關涉及政府公司(GOVERNMENT LINKED CORPORATION﹐ GLC)的此類交易的規則。
21 May 2008
10. 旺沙馬珠國會議員要求首相說明其對抗高級公仆的貪污行動是否成功﹐因為一直到現在﹐反貪污局只提控一名前部長﹐ 拿督卡西達 亞當﹐涉嫌貪污區區的三千五百萬令吉。其他十八名有嫌疑人士依然未被提控。
國會書面問答環節
05 May 2008
1. 旺沙馬珠國會議員要求福利﹐婦女與家庭發展部長說明為何政府簽署了兒童人權公約後﹐難民和尋求政治庇護者﹐還有無國籍的孩子們依然不能在馬來西亞履行其基本權力如獲得教育和醫療服務等。
06 May 2008
2. 旺沙馬珠國會議員要求首相說明吉隆坡市議會到底花費多少錢在人民廣場﹐ 作為計劃中吉隆坡新交通中心的地基和底層建築工程上﹐ 還要花費多少費用來完成它﹐ 以及吉隆坡市議會該如何解決吉隆坡的塞車問題。
07 May 2008
3. 旺沙馬珠國會議員要求首相說明該如何把吉隆坡打造成一個一等都會﹐當她面對種種社會問題如外國乞丐涌入﹐吸毒者﹐精神病患和流浪者。
08 May 2008
4. 旺沙馬珠國會議員要求首相說明被擱置的SUNGAI GOMBAK防洪計劃﹐被擱置的原因﹐付給承包商的費用﹐承包商名字和計劃重開日期。
12 May 2008
5. 旺沙馬珠國會議員要求首相說明政府是否願意修改聯邦都會法令﹐以讓吉隆坡人民選出他們的市長。如否﹐應給予理由﹐因為這是全體吉隆坡市民的願望。
黃朱強
旺沙馬珠國會議員